Kredit foto: Instagram Elyana
Sudah agak lama penyanyi Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana berperang dengan kanser limfoma tahap empat.
Melalui instagram, beliau memuat naik foto ketika melakukan kimoterapi beberapa tahun lalu.
Ternyata kuat betul semangat Elyana berjuang demi kesihatannya.
Malah, dalam masa sama Elyana sering berkongsi tip dan memberi motivasi kepada orang yang senasib dengannya.
Usai perkongsian itu, para pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan penyanyi itu.
Kredit foto: Instagram Elyana
Sementara itu, Elyana telah mengambil seorang anak angkat dan diberi nama Cahaya Ramadhani.
Terdahulu, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayah, 9.
Semoga cepat sembuh dan terus kuat Elyana. - CARI
|