View: 7581|Reply: 29
|
[Bahasa]
[Takwil Puisi 47] Kita
[Copy link]
|
|
Pemenang [Takwil Puisi 46] Kepompong
@aleX-S @diggerr
Maksud puisi:
Puisi yang asalnya sebuah certot Penulis baru lepas bersukan. Idea tercetus bila penulis merasakan aksi sukan itu bila mana menghentam bola lawan seakan menyamai kehidupannya yang cuba melawan tidak mahu terlalu terikat dengan konformiti norma budaya dan masyarakat. Namun agama tetap dijaga..
Puisi Minggu Ini
KITA
Lama aku pendam
Diam
Tapi akhirnya
Aku kembali ke sini
Bukan utk sesiapa
Hanya utk luahan hati
Yang mana tiada yang peduli
Kecewa lagi
Walaupun cuba
Untuk kesekian kali
Ku tenung diri
Tapi masih hati
Retak beribu
Tidak perlu masa
Masa tak perlu ada
Yang penting
Adalah kita
Bila kita
Mahu jadi
Sebenarnya kita?
Nukilan karya,
@ati3027
@krimkraker
@watashinoai
@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@KILL_NANCY
@MeghanK
@sapeka
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sat lagi i terai takwil. InshaaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
teringat satu ayat ni:
'The Japanese says you have three faces, the first one you show it to the world, the second one to your close friends and families, the third one you never show it to anyone'
adakah kita dah betul2 jadi diri kita sendiri ek |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Good one
So many fakers wearing masks
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusia itu kita
Yang kadang kala, leka
Dan kadang kala, alpa
Leka dek mengejar yang namanya cinta
Tapi lupa, cinta itu membawa alpa
Difikir semula, kita cuma manusia
Manusia yang perlu cinta
Tapi cinta daripada yang Esa
Itu adalah kita
Dan tujuan kita ada
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
blom dpt petunjuk lg nk ulas apa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kita semua mengenakan topeng. berlakon di pentas dunia. tidak tahu bila pengakhirannya. tetapi kita harus berusaha mencari diri demi lebih dekat kepada Pencipta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thank you momod. memang mendalam puisi mimggu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Puisi mengisahkan kedukaan seseorang akibat memendam rasa. Seseorang yang merasakan dia sudah kehilangan dirinya.
Rangkap pertama menjelaskan si dia sering menyembunyikan perasaan apabila menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Memilih untuk berdiam diri kerana itu dirasakan terbaik. Namun akibat sudah tidak tertahan lagi, dan tiada sesiapa yang peduli akan dirinya, dia menggunakan penulisan sebagai salah satu cara untuk dia mencurahkan isi hatinya.
Si dia menjelaskan tentang kekecewaannya. Si dia pernah mencuba untuk meluahkan perasaan kepada seseorang, namun usahanya tidak berhasil. Bukan sekali, tapi berkali-kali namun tetap tidak berjaya.
Si dia bermuhasabah diri. Mendalami isi hatinya sendiri. Dia sedar sekeping hatinya sudah terluka. Biarpun bernyawa, ia bagaikan mati. Masa kian berlalu, namun tetap tidak dapat menyembuhkan kedukaan hatinya.
Kesimpulannya, semuanya terpulang pada diri sendiri. Bersikap jujur biarpun ia kepedihan bagi orang lain, demi menjaga hati sendiri atau terus mengutamakan perasaan orang lain dan membiarkan hatinya terus mati. Setiap keputusan yang diambil akan mempengaruhi diri kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah pemenang. amboi jauh kak senah menyimpang ye takwil puisi kepompong |
|
|
|
|
|
|
|
Penulis kembali lagi ke pangkuan yang disayangi dengan harapan akan diterima baik setelah sekian lama disisihkan namun ternyata tidak ada perubahan.
Penulis kecewa usaha kerasnya untuk memenangi hati orang lain tidak berkesan lalu membuat keputusan untuk menjadi dirinya sendiri.
Penulis tidak mahu terus menerus kecewa hanya disebabkan orang yang tidak menghargainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seseorg yg cuba utk merubah dirinya, tp masih kecewa dgn kisah lama. Cuba utk menjadi dirinya sendiri, tp penuh dgn kepuraan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 4-2-2020 06:51 PM
Good one
So many fakers wearing masks
ahli falsafah greek pun ada self existential crisis |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah, good one too |
|
|
|
|
|
|
|
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
~ Usman Awang |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-2-2020 11:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
eizarz replied at 7-2-2020 07:01 AM
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Terima kasih kongsi
Cuba kupas dan takwil sajak atas ye |
|
|
|
|
|
|
|
Tak teka pun
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang-kadang hidup ni tak macam yang kita nak walaupun sejauh mana kita cuba, kadang- kadang kita tewas, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|