Kredit Foto - Google
Sudah menjadi kelaziman, ibu bapa pasti orang yang paling gembira dan teruja melihat anak-anak mereka mula bersekolah.
Pelbagai masalah timbul semasa para murid ini dalam tempoh menyesuaikan diri dengan rutin baru.
Selain masalah yang ditimbulkan dari para murid, kadangkala sikap ibu bapa yang agak melampau juga memeningkan kepala para guru seperti yang dikongsikan pengguna F@cebook ini.
Ibu pelajar ini tidak berpuas hati dengan guru tadika anaknya kerana tidak membasuh bekas bekal yang dibawa anaknya.
"Cikgu memang malas cuci pinggan kat rumah ke apa? Sampai berulat bekal anak saya. Jangan sampai saya malukan cikgu kat dalam group.
"Basuhlah Ya Allah bapak pemalas. Jangan kata gaji tak dibayar untuk basuh pinggan. Biar ikhlas cikgu, aduh."
Malah ibu pelajar tersebut menggugut untuk memalukan guru itu.
"Jangan sampai saya malukan cikgu ye. Saya banyak nak buat aduan nak paparkan dalam group. Saya boleh buat report ye pasal cikgu. Kurang ajar cikgu ni," katanya.
Namun, ibu itu difahamkan telah meluahkan perkara tersebut di group utama tadika anaknya, namun tidak diketahui respon dari ibu bapa lain.
Kredit foto: Facebook
Perkara viral sebegini sudah pasti menarik perhatian 'bawangrangers' yang mengecam perbuatan ibu berkenaan.
Mungkin guru tersebut menyangkakan ada pelajarnya yang tertinggal bekas makanan.
Namun yang pasti membasuh bekal pelajar bukan merupakan tugas guru kan? - CARI
|