CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1995|Reply: 5

Inginkan Privacy? Serabut Dengan Akaun Anda? Ini Tips Untuk Padam Akaun Facebook

[Copy link]
Post time 4-2-2020 12:10 PM | Show all posts |Read mode

KREDIT : Here is how to delete Facebook, techcrunch.com




Pernah terfikir nak buang akaun Facebook? Friend terlampau ramai? Inginkan privacy? Tak mahu gunakan Facebook lagi? Di bawah adalah tips yang anda boleh guna.


Anda boleh padam akaun Facebook dengan guna dua cara; melalui apps Facebook di telefon anda ataupun melalui komputer.

Pertama sekali, buka apps Facebook. Sekiranya anda nak padam akaun Facebook di telefon tetapi tidak mempunyai aplikasi Facebook, muat turun di Play Store atau App Store. Login ke akaun anda.


Tekan butang di bahagian kanan atas yang menyerupai tiga garisan melintang. Scroll ke bawah dan tekan butang Help Center. Tunggu sehingga anda tiba di laman tersebut.


Masukkan keyword dalam bahasa Inggeris yang berkaitan dengan buang akaun FB, seperti 'permanent', 'delete', atau 'permanently delete'. Tunggu sehingga keluar butang yang bernama 'How do I permanently delete my account'. Tekan butang tersebut.


Pada laman seterusnya, terdapat kenyataan daripada Facebook yang memaklumkan kepada anda apa yang berlaku sekiranya anda mengesahkan bahawa anda ingin menyahaktif/menutup akaun Facebook anda. Cari dan tekan 'link let us know'.


Di laman yang seterusnya, Facebook akan minta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyahktif/memadam akaun Facebook anda. Di ruang Password, masukkan kata laluan akaun Facebook anda.


Tekan butang Submit. Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memaklumkan bahawa akaun Facebook anda telah dinyahaktif/dipadam dari Facebook. Proses pemadaman akaun Facebook anda berjaya.


Memadam akaun Facebook melalui telefon pintar
KREDIT : How to Add 2FA to Facebook Without Using Your Phone Number





Facebook memaklumkan kepada anda bahawa akaun anda telah dinyahaktif/dipadam daripada laman dan akan dipadam secara kekal selepas 14 hari. Jika anda ingin gunakan semula akaun Facebook anda yang anda telah padam, anda perlu login ke akaun anda dalam masa 14 hari sebelum akaun anda ditutup sepenuhnya. Pertama sekali, login semula ke akaun Facebook anda.


Di laman seterusnya, akan ada kenyataan daripada pihak Facebook yang meminta anda mengesahkan sama ada anda ingin buang akaun anda secara kekal ataupun anda ingin batalkannya.


Sekiranya anda ingin sahkan anda ingin buang akaun anda, tekan butang Confirm Deletion. Akaun anda dijadualkan untuk dilupuskan. Anda mampu untuk mengulangi semula proses untuk membatalkan pembuangan akaun anda dengan log masuk semula ke akaun anda dalam tempoh 14 hari.


Kalau anda nak padam akaun Facebook gunakan komputer, ikut cara ni. Pertama sekali, login ke akaun Facebook anda. Bawa cursor anda ke bahagian kanan sebelah atas, dan klik butang berlogo tanda soal bernama Quick Help. Tekan butang tersebut.


Kemudian, pada ruangan text box yang diberi, taip kata kunci delete. Anda akan mempunyai beberapa pilihan. Pilih butang 'How do I permanently delete my account'. Anda akan dibawa ke laman seterusnya. Cari ayat 'let us know' yang merupakan link untuk ke laman yang seterusnya. Tekan link tersebut.


Pada laman seterusnya, Facebook akan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin menyahktif/memadam akaun Facebook anda. Tekan butang Delete My Account. Anda akan dibawa ke sebuah notification box untuk sekali lagi mengesahkan. Pada ruangan Password, masukkan kata laluan akaun anda.


Terdapat perkataan yang di-generate oleh sistem di bawah kotak ini. Masukkan perkataan yang di-generate tersebut di ruangan yang disediakan. Tekan butang OK. Proses pemadaman akaun Facebook anda berjaya.







Memadam akaun Facebook menggunakan desktop

KREDIT : How to Delete a Facebook Account, osxdaily.com




Semoga berjaya!!! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2020 12:47 PM | Show all posts
Kalau nak padam posting kat facebook yang beribu2 tu ada cara jugak tak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 12:56 PM | Show all posts
husna_amal replied at 4-2-2020 12:47 PM
Kalau nak padam posting kat facebook yang beribu2 tu ada cara jugak tak

posting sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 03:12 PM | Show all posts

ya posting sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 03:24 PM | Show all posts

rasanya kena delete sendiri satu2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 04:58 PM | Show all posts
setakat ni x rasa nk padam lagi..x tahu la akan dtg tiba2 dah cemuih dgn fb
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076670 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list