Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menetapkan polisi bah di mana setiap permohonan permit pengkebumian selepas jam 5 petang perlu menunggu waktu pejabat (8 pagi - 5 petang) keesokannya.
MalaysiaGazette melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi Kongres India Muslimah Malaysia, Hajah Chand Bee Jemal Deen merangkap ketua wanita Madrasah Baqiathus Salihath Ampang berkata, polisi itu berbeza dengan sebelum ini di mana ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa malah, ada sehingga jam 10 malam.
Sementara itu, Norhayati Ahmad selaku Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ berkata, waktu pengkebumian adalah pada waktu pejabat. Bagaimanapun ia akan dilanjutkan sehingga selesai iaitu sehingga jam 7 petang.
Kredit foto: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
Proses pengkebumian tidak dibenarkan dilakukan pada waktu malam, namun MPAJ akan mempertimbangkan permohonan berkenaan.
“Kecemasan bermaksud jenazah yang perlu dikebumikan segera atas nasihat dan surat daripada doktor atau polis.
“Jenazah individu yang meninggal dunia selepas jam 5 petang akan dikebumikan pada keesokan hari.
“Jenazah yang tidak dalam kategori kecemasan untuk kebumi kita nasihatkan kebumi pagi esoknya,” katanya.
Difahamkan, ada dua tapak pengkuburan Islam di Ampang yang memerlukan permit gali kubur daripada MPAJ iaitu Kampung Cheras Baru dan Ukay Perdana. - CARI |