Legenda cerpen Cikgu Suraya sangat popular dalam kalangan pelajar-pelajar era 90an dengan naskah ini disalin serta diceritakan turun temurun hingga ia dianggap 'kisah wajib' budak lelaki. Namun apabila ada penerbit filem mahu menukilkan karya ini ke dunia 'mainstream', pelbagai pendapat disuarakan.
Apatah lagi apabila melihat beberapa keping foto watak yang dikhabarkan sebagai Cikgu Suraya dimuatnaik oleh penerbit David Teo, ramai cikgu seMalaysia dan ibu bapa dah mula risau. Kenapa ianya dijadikan filem? Atau jika bukan filem sekalipun, untuk tontonan Youtube, mengapa terlalu seksi pemakaian cikgu? Sedangkan tiada pun cikgu yang berbusana sebegitu di dunia realiti. Dah habis ceritakah penerbit di Malaysia?
Kredit foto: Facebook
Antara suara yang lantang mempersoalan pemakaian ini ialah Cikgu-Cikgu yang membantah pemakaian watak utama ini. Dengan kebaya pendek hijau jarang serta kain batik belah tengah secara tidak langsung menjatuhkan maruah guru-guru seMalaysia. Sekaligus menonjolkan penerbitnya yang tidak membuat 'homework' sehingga ianya langsung tidak kena dengan situasi sebenar.
"Saya menentang. Tiada cikgu boleh berpakaian begini. Takda cikgu boleh bimbit handbag cenggitu gaya. Habis berterabur marker pen."
Selain itu, penuh juga tentangan daripada ramai warganet sama ada di Facebook, Instagram David Teo dan juga laman Twitter supaya karya ini tidak jadi dihasilkan. Namun melihatkan kemaskini watak utamanya, Chumiee meminta penonton sabar menantikan tarikh tayangannya.
Ig
Tidak hanya penampilan guru yang dipertikaikan, jenama 'cikgu Suraya' itu sendiri akan menjadi panas kembali dan daripada generasi baru tidak tahu, ianya akan diselongkar kembali.
Tiadakah satu etika atau peraturan yang boleh dikendalikan oleh Finas atau pihak berkuasa mengenai perkara ini? Adakah kantung penerbit lebih bermakna berbanding maruah guru-guru, generasi baru dan rakyat Malaysia keseluruhannya? Diharapkan hal ini mendapat respon daripada pihak berwajib. Jangan pula ianya dibenarkan ditayangkan dengan alasan tidak munasabah. - CARI
|