CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12833|Reply: 30

Sultan Perak hilang di batu dalam masjid ini... Puas penduduk kampung cari

  [Copy link]
Post time 23-1-2020 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nazrullah at 23-1-2020 01:49 PM

credit:#mstar

DI masjid Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak, ada sedikit keganjilan apabila terpacak sebuah batu seakan-akan batu nisan di dalam masjid tersebut.

Bagi orang luar yang pertama kali datang solat ke masjid itu pasti berasa hairan dan tertanya-tanya, bagaimana pada bahagian saf paling hadapan, terpacak sebuah batu nisan.

Batu nisan siapa? Mengapa di dalam masjid letaknya? Dan lebih aneh, batu nisan itu hanya satu, bukan dua buah seperti kebiasaannya.

“Ini bukan batu nisan. Sebenarnya, ia batu tanda,” begitu penjelasan Haji Mokhtar yang merupakan siak di masjid tersebut.

Lalu beliau menceritakan satu kisah yang menjadi pencetus mengapa batu tersebut terpacak di dalam masjid itu.

Kisahnya berkisar tentang Sultan Mansur Shah 1, yang diputerakan di Bentan, Riau sewaktu zaman pemerintahan Sultan Melaka. Baginda merupakan Sultan ke-2 yang memerintah Perak antara tahun 1549 sehingga 1577.

Setelah kemangkatan Sultan Mudzaffar Shah di Tanah Abang, Lambor, Sultan Mansur Shah 1 ditabalkan menjadi Sultan Perak ke-2.

Baginda kemudian bersemayam di Kampung Kan Kong (kini dikenali Kota Lama Kanan).

Jadi, apa kaitan Sultan Mansur Shah 1 dengan batu tanda di dalam masjid ini?

“Batu tanda ini boleh dikatakan sebagai batu tanda peringatan untuk Sultan Mansur Shah apabila baginda ghaib di sini,” jawab Haji Mokhtar yang sudah lebih 15 tahun berkhidmat di masjid ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2020 02:48 PM | Show all posts
Ghaib?

Begini ceritanya. Ia berlaku pada hari Jumaat sewaktu Sultan Mansur Shah 1 datang melawat kampung Kota Lama Kanan.

Setelah beramah mesra dengan rakyat jelata, baginda singgah dahulu di masjid ini untuk solat Jumaat sebelum berangkat pulang.

Dikatakan sewaktu sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat, para jemaah mendapati baginda tiba-tiba hilang, tidak lagi kelihatan.

Puaslah semua orang cuba mencari Sultan Mansur Shah 1, namun tidak ditemui. Jasad baginda ghaib begitu saja tanpa disedari sesiapa.

Sejak itu juga, kelibat baginda tidak pernah lagi ditemui dan rakyat menganggap baginda sudah mangkat, walaupun jasadnya tidak dijumpai.

Terdapat juga versi lain tentang kisah ini. Kononnya ada yang mengatakan Sultan Mansur Shah 1 diculik.

Semua jemaah ketika itu telah dipukau hingga tiada sesiapa yang perasan baginda diculik. Namun, tidak ada sesiapa dapat memastikan kesahihan cerita tersebut.

“Di sinilah tempat terakhir baginda dilihat sebelum hilang. Untuk memperingati Sultan Mansur Shah 1, batu peringatan ini dipasang di sini, tempat di mana baginda ghaib.

“Batu ini dipasang atas titah Sultan Perak ke-28 iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I.

“Orang dulu-dulu pasangkan batu nisan ini hanya sebagai tanda ingatan terhadap baginda kerana baginda tiada makam,” jelas Haji Mokhtar.

Disebabkan batu tanda ini, segelintir orang luar menggelar masjid ini sebagai ‘masjid keramat’.

Di sebalik kisah batu nisan dalam masjid, ada beberapa kisah lain berkaitan masjid lama ini yang pernah dibakar penjajah sekitar tahun 1875-1876 ketika perang Perak meletus.

Masjid ini turut diperkatakan dengan kisah banjir besar yang melanda pada tahun 1957.

Dikatakan ketika bah melanda, limpahan air sungai Perak telah menenggelamkan kawasan sekitar tetapi anehnya hanya masjid ini yang tidak ditenggelami banjir.

Ia menjadi tempat penduduk kampung berteduh daripada bah yang menenggelamkan rumah mereka ketika itu.

Selain itu, ada satu lagi kisah misteri yang berlaku pada tahun 2007. Ketika itu, datang orang luar solat di masjid ini. Selepas solat, dia merakamkan gambar sekitar masjid sebagai kenang-kenangan.

Setelah dibelek gambar-gambar yang diambilnya, dia terkejut apabila melihat sesuatu yang pelik dalam salah satu gambar tersebut.

“Dalam gambar itu di bahagian atas bumbung masjid, ada bayangan lembaga seakan-akan manusia yang berpakaian seperti pahlawan Melayu zaman dulu, siap berkeris.

“Saya pernah ditunjukkan gambar itu. Memang jelas kelihatan bayangan seakan-akan pahlawan dalam gambar tersebut. Kami tertanya-tanya juga, siapa agaknya jelmaan dalam gambar itu,” ujar Haji Mokhtar tentang kelibat pahlawan dalam masjid itu yang kekas misteri sehingga kini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:59 PM | Show all posts
menarik.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 03:02 PM | Show all posts
Good info.  Kalau ada gambar penampakan di bumbung masjid tu nak juga tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm... arwah atuk aku ada cerita pasal sultan ni.. lupa apa arwah atuk aku bagitau kenapa ghaib. sebab dulu aku tak minat sangat pasl ghaib2 ni, so sepupu aku yg khusyuk dengar.. atuk aku kata, orang dulu2 ada ilmu, banyak amalannya, kena banyak puasa, solat, wirid.. btw sebagai muslim, kita kena ingat, sehebat mana ilmu diaorang sampai boleh terbang, lut senjata, boleh ghaib semua tu langsung tak mampu lawan mukjizat & kelebihan Nabi s. a. w..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 03:40 PM | Show all posts
Kurex replied at 23-1-2020 02:36 PM
hmm... arwah atuk aku ada cerita pasal sultan ni.. lupa apa arwah atuk aku bagitau kenapa ghaib. seb ...

jadi sebab apa ghaib?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2020 03:43 PM | Show all posts
NekNgah replied at 23-1-2020 02:02 PM
Good info.  Kalau ada gambar penampakan di bumbung masjid tu nak juga tengok.

ade citer yg ambik gmbr tu pelancong org puteh..ade bnyk jgk versi nya...tp gmbr bukti xde huhu...mgkin lama dah kot zaman org xde hp nk viral haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 03:45 PM | Show all posts
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Sultan Mansur Syah I (1549-1577) ialah Sultan Perak ke-2.[1]

Sultan Mansur Syah telah diputerakan di Bentan, Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka. Apabila Sultan Mudzaffar Syah pertama mangkat pada tahun 1549 di Tanah Abang (Telok Bakong), Lambor Kanan, Daerah Perak Tengah, Baginda Sultan Mansur Syah dilantik menjadi Sultan Perak yang kedua. Baginda kemudian berpindah bersemayam di Kampung Kan Kong (Kota Lama Kanan), Kuala Kangsar, di tepi Sungai Perak.

Sultan Mansur Syah telah mangkat di Negeri Perak pada tahun 1577. Kemangkatan Baginda tidak diketahui dengan sahnya. Mengikut cerita Baginda sedang Bersembahyang Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan, tiba-tiba Baginda ghaib dan rakyat pun menyangkakan Baginda telah Mangkat. Baginda digelar Marhum Kota Lama Kanan.

Sultan Mansur Syah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan Sultan Mansur Shah yang terletak di Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Batu Peringatan ini merupakan sebuah nisan yang dipasang dengan perintah Sultan Idris Murshidul 'Aadzam Syah bagi memperingati Sultan Mansur Syah yang hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid itu. Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dalam tahun 1916 menggantikan masjid yang asal yang telah dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dalam tahun 1875-1876.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 03:48 PM | Show all posts
menariknya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-1-2020 03:36 PM
hmm... arwah atuk aku ada cerita pasal sultan ni.. lupa apa arwah atuk aku bagitau kenapa ghaib. seb ...

baguslah kurex ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 23-1-2020 03:40 PM
jadi sebab apa ghaib?

lupa.. tapi sungguh atok aku cerita. masa arwah atok aku cerita, aku bukan dengar sangat sebab dulu aku tak minat ghaib2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 04:25 PM | Show all posts
Kurex replied at 23-1-2020 03:00 PM
lupa.. tapi sungguh atok aku cerita. masa arwah atok aku cerita, aku bukan dengar sangat sebab dul ...

rugi la..tidak blh share kan citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 04:29 PM | Show all posts
Tentang Jin Kerajaan Perak...I found this on some blog...

Pembentangan khas Lagenda Beting Beras Basah oleh Tuan Haji Ariffin Mohd Dahlan
*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009

Fakta

1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.

2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.

3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.

Catatan dan pengalaman peribadi pembentang

1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.

2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula

4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.

5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 04:30 PM | Show all posts
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.

7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.

8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.

9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.

10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 04:30 PM | Show all posts
1. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.

12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.

13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.

14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.

15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.

16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 23-1-2020 04:25 PM
rugi la..tidak blh share kan citer

jangan kata cerita, atuk aku nak ajar aku ilmu (ilmu baik), aku taknak.. sudahnya sepupu aku yg belajar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-1-2020 04:43 PM
jangan kata cerita, atuk aku nak ajar aku ilmu (ilmu baik), aku taknak.. sudahnya sepupu aku yg be ...

Ko rasa rugi ke ko rasa okay jek tak belajar ilmu putih tu rex? Arwah atuk lelaki aku dulu pun macam tu. Jenis yang bertapa kat gunung, tanam serai rimbun rimbun jumpa batu geliga. Ni yang aku ingat la.  

Tapi sebab aku pempuan kot..takde le atuk aku menurunkan waima sikit pun ilmu perubatan tradisional dia tu. Eheheeh sori TT off topic.

By the way, orang dulu dulu memang macam macam ilmunya dengan izin Allah swt. Dan mereka jaga amal yang wajib dan sunat. Aku percaya part ni sebab apa yang masuk perut pun mereka jaga. Yang masuk mulut jaga, amal jaga, sebab tu kita banyak dengar kisah mistik dari orang orang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 23-1-2020 07:24 PM
Ko rasa rugi ke ko rasa okay jek tak belajar ilmu putih tu rex? Arwah atuk lelaki aku dulu pun mac ...

aku rasa ok je..

pasal amalan tu, memang ye. salah sebab ramai sepupu aku tak ambik ilmu arwah atuk aku, pukul 3:30 mesti bangun, mandi lepas tu wirid sampai subuh, kena rajin puasa.. lepas solat ada doa..

sorang sepupu aku yg ambik dia cakap, amalan tu kira ringan dan tak berapa sangat sebab amalan nabi lagi hebat. kalau aku kurex, kena bangun pagi, aku sekadar wirid, tapi nabi solat tahajud sampai bengkak kaki.. dah la helok sepupu aku tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-1-2020 03:43 PM
jangan kata cerita, atuk aku nak ajar aku ilmu (ilmu baik), aku taknak.. sudahnya sepupu aku yg be ...

Agaknya tu pon mcm takdir jgk.. Klau betul ilmu tu milik ko pasti ko dapat jgk kan.. Mngkin ade hikmahnya kot... Tp klau dr org2 lama ni anggap mcm warisan anak cucu kehadapan... Zaman skrg mana ade dah dpt nk ceduk ilmu dr org2 tua dulu... Nnt 10,20,50 thn nnt kehadapan xtau la generasi mcm mana.. Apa yg ade.. Sbb tu la khir zaman n t last smpai org xkenal allah, mengucap xtau, xtau apa islam bila nk kiamat... Logic ade kt situ... Masa tu Yg iman sebesar zarah ade dlm hati sebut boleh mengucap tp xtau apa benda pin masa tu yg xsyirik kpda allah mati kena angin sebelum kiamat yg mana smua org kafir..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nazrullah replied at 23-1-2020 08:26 PM
Agaknya tu pon mcm takdir jgk.. Klau betul ilmu tu milik ko pasti ko dapat jgk kan.. Mngkin ade hi ...

awak ada ilmu putih ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.126137 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list