Katakan Tidak kepada Diet Ekstrem! Katakan Ya Kepada Diet Suku Suku Separuh.
Menurut Dr Say, nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak dan organ lain boleh berfungsi dengan baik.
Sementera itu, minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk menjana tenaga, melindungi organ, menghasilkan hormon, membantu penyerapan vitamin dan banyak lagi.
Kredit foto: Maskulin
Makanan yang diambil pula hendaklah mengikut keperluan harian seseorang individu itu. Info ini boleh disemak melalui Google -
keperluan kalori dalam sehari.
Untuk rekod, berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Amerika bagi tahun 2015 hingga 2020, golongan wanita memerlukan sekitar 1,600 ke 2,400 pengambilan kalori setiap hari manakala kaum lelaki pula memerlukan di antara 2,000 ke 3,000.
Kredit foto: www.myhealth.gov.my
Namun, jumlah keperluan kalori ini adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti umur, ketinggian, gaya hidup, tahap kesihatan dan aktiviti harian.
Namun lebih mudah jika ikut sahaja saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengamalkan diet suku suku separuh yakni suku nasi, suku lauk dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dengan cara ini, kita masih boleh menurunkan berat badan tetapi dengan pendekatan yang lebih mesra dan kurang 'menyeksakan'.
Kredit foto - Google
Ayuh kita kita sama-sama menguruskan badan dengan cara yang lebih sihat dan menggembirakan!
Sempatlah langsing dan lentik di hari raya nanti! -
CARI
Sumber - Instagram Dr Say,
Laman Web Pendidikan Pesakit Kementerian Kesihatan Malaysia