Kredit foto: IG
Masih belum tamat kontroversi melanda dirinya hingga baru-baru ini, dia dilabel mempunyai masalah mental.
Fathia Latiff ketika ditemui Media Hiburan berkata, dia berharap ada sinar baru untuk dirinya terus berada dalam industri seni tanah air sempena tahun 2020 ini.
Katanya, dia kini mahu fokus dalam bidang nyanyian pula. Malah, dia baru sahaja melancarkan album kedua berjudul 'Jika Aku Tahu' hasil ciptaan bersama rakannya, Sharifah Faezah Al-Attas.
Fathia juga mengakui, dia kini lebih matang berdepan dengan netizen dek kerana sering menjadi mangsa kecaman netizen selama ini.
Katanya, netizen yang mengkritiknya tidaklah sesempurna mana pun.
“Kalau mereka (netizen) boleh cakap, saya pun boleh cakap balik pada mereka juga. Anda (netizen) siapa sebenarnya, anda pun bukanlah sempurna sangat.
“Saya boleh je bantai anda semula. Tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi tak boleh keterlaluan dan melampaui batas juga,” katanya dipetik dari Media Hiburan.
Sementara itu, Fathia buat masa ini masih menutup ruang komen di Instagram bagi mengawal dirinya sendiri.
“Sekarang ini saya lebih selesa tutup ruangan komen di Instagram untuk mengawal diri sendiri.
“Dalam masa sama, sebenarnya bosan juga berbuat demikian, tetapi demi kerja. Apa-apa yang melibatkan kerja, saya akan berkongsi di Instagram,” katanya.
Begitulah. Semua artis ada haters masing-masing. Dikritik adalah asam garam dalam kehidupan yang harus dilalui selebriti. - CARI
|