CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4593|Reply: 1

[Household & Property] 4 website borong barangan China paling terkenal di Malaysia

  [Copy link]
Post time 22-1-2020 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat banyak website jual beli dari China yang boleh korang borong secara online tanpa perlu ke China.
Harini ini kami kongsikan 4 website borong barangan China paling terkenal di Malaysia :

1. Aliexpress
kongsep Aliexpress sama sahaja dengan kongsep ecommerce yang lain seperti Lazada dan sebagainya, namun apa yang membezakannya ialah kebanyakan barangan yang dijual merupakan barangan buatan China. Jika korang ingin membeli dengan kuantiti yang sikit atau untuk kegunaan sendiri, korang boleh membeli di Aliexpress. Apa yang menariknya adalah, harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pasaran Malaysia. Tetapi antara kelemahannya, korang perlu tunggu hampir satu bulan (untuk penghantaran percuma) sebelum barang yang korang beli dihantar ke alamat yang korang kehendaki.

Untuk]
3. Taobao
Taobao dibina khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, korang boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah lebih murah berbanding AliExpress tetapi tidak semurah seperti Alibaba.com . Jadi ianya sesuai untuk pemborong-pemborong kecil yang bermodal sederhana.

4. 1688
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya 1688.com direka khas untuk kegunaan rakyat China sahaja yang mana pembekal yang jual barang-barang di website ini hanya buat penghantaran dalam negara China sahaja dan tak boleh beli direct seperti Taobao.com kerana korang perlu menggunakan Alipay untuk membuat pembayaran. Dan Website ini pula dibina dalam Bahasa China. Jadi untuk berurusan dengan supplier di website ini, korang memerlukan orang tengah untuk membuat pembelian di 1688. Ringkasnya lebih kurang macam ni lah,
Supplier Taobao (di China) ----> Agen (di China/Malaysia) ---> Kita (di Malaysia)
Apa yang membuatkan ramai sangat yang berminat nak beli barang di website ini (walaupun banyak urusan kena buat) ialah korang mampu beli harga 1 barang dengan harga borong. Bahkan ada yang mengatakan 1688 jauh lebih murah berbanding dengan Taobao dan mampu beli dengan kuantiti yang sedikit. Korang boleh cuba bandingkan harga antara dua website tersebut untuk tengok perbezaan.

Sebelum membuat pembelian di taobao dan 1688, korang dinasihatkan supaya untuk menimba ilmu terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Untuk belajar ilmu asas, Anda boleh dapatkan ebook percuma cara beli barang di taobao dan 1688 disini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 02:06 PM | Show all posts
Heyy I'm Sawyer Holden  CEO of Shamora Material Industry Technology Co., Limited an AM60B supplier in Wenxi, China. With an engaged methodology, complete assets, and quality help; we are driving our direction in the magnesium 99.9 supplier.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.157601 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list