View: 4399|Reply: 26
|
Takutnya! Baru Je Masuk Januari 2020 Sana Sini Bencana Alam, Dunia Dah Sampai Pe
[Copy link]
|
|
Kredit Foto - Shutterstock
Muqaddimah tahun 2020 ini sangat membimbangkan dengan beberapa siri bencana alam.
Kebakaran besar di Australia sehingga ribuan ekar hutan musnah, jutaan haiwan mati; dan masih berlarutan hingga sekarang ini.
"Dunia makin tenat?"
Menerusi perkongsian Ikhwan melalui akaun Tw!tternya, ada 7 lagi bencana lain yang telah / sedang berlaku di dunia sekarang.
1. Letusan Gunung Berapi Taal, Filipina
Letusan debu dari Gunung Berapi Taal di Filipina yang memuntahkan asap tebalnya. Antara gunung berapi yang aktif menyebabkan puluhan ribuan rumah ranap dan penduduk dipindahkan.
Terkini , pada 13 Januari 2020, Taal sudah mengeluarkan lahar pula.
2. Glasier di New Zealand bertukar warna coklat?
Glasier ialah sebuah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Khabarnya di New Zealand warna glasier telah bertukar menjadi coklat dan mencair dengan lebih cepat akibat perubahan cuaca.
Perubahan glasier ini dianggap pelik kerana lazimnya ia bertukar warna pada musim panas sedangkan sekarang musim bunga di New Zealand.
3. Rumput dan lumut tumbuh di Gunung Everest
Dengan tumbuhnya rumput dan lumut di sini ia akan memberi kesan yang serius kepada ekosistem di kawasan tersebut di mana menurut saintis, ais mungkin akan mencair agak lambat dari biasa dan akan mengganggu bekalan air di kawasan tersebut.
4. Banjir Besar di Dubai
Luar norma kerana Dubai jarang menerima hujan akan tetapi dilanda banjir pula.
5. Banjir Besar di Jakarta, Indonesia
Banjir besar ini menyebabkan ramai yang maut, hilang tempat bergantung dan terpaksa lari mencari perlindungan.
 Kredit foto:
6. Gempa bumi pada skala 6.4 richter di Puerto Rico
Gempa bumi pada skala 6.4 magnitud menggoncang pulau itu pada hari Isnin lalu ( 13 Januari 2019), meranapkan rumah dan menyebabkan gangguan kuasa, tetapi tiada korban dilaporkan.
Dalam masa yang sama, ribut taufan melanda bahagian selatan Amerika sehingga 11 orang mati.
Sementara itu di India, Pakistan, dan Bangladesh pula mengalami cuaca sejuk melampau di mana kali terakhir berlaku 4 dekad lalu yang telah mengorbankan beberapa nyawa.
Benarkah dunia sudah sampai ke penghujungnya?
Sebenarnya tiada ada seorang pun yang mempunyai pengetahuan mengenai masa dan ketika dunia akan sampai ke hujungnya.
Namun, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mula menjaga dan mentadbir alam dengan baik untuk generasi anak-anak kita kelak.
Harap masih belum terlambat.- CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
habis tu nak expect x de bencana alam ke? kite idup pun ada sakit dan x sakit... sama la macam bumi.. |
|
|
|
|
|
|
|
manusia sndri yang jadi punca pencemaran, bencana alam ni semua..semua lahir dari kerakusan tgn manusia itu sendiri..so, sila jadi alien pindah pluto |
|
|
|
|
|
|
|
dan trend la ni bila gempa bumi atau gunung berapi meletus akan terjadinya crack
orang jengka panggil tanah merkah
dan makin banyak berlaku sinkhole |
|
|
|
|
|
|
|
betullah tu..tiap hari makin dekat dgn kiamat kan |
|
|
|
|
|
|
|
atas tangan manusia sdri jgk kan. siap ade yg buat HARP ke ape ek yg bencana alam buatan sdri tu. now hadap laa. manusia zaman kita ni smpai la ke cucu cicit kita nanti yg jadi mangsa. pape pn beringatlah sentiasa |
|
|
|
|
|
|
|
bukan hanya dunia dan alam je memberontak, akan berlaku keruntuhan demokrasi, kerana demokrasi adalah sistem ciptaan manusia, jurang yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin.
korang tak tengok tv ke, street protes di hong kong dah berbulan, sebelum ni street protes venezuela, hari ni street protest di colombia, street protes di perancis (yellow vest), street protes di lebanon. juga di sudan baru-baru ni street protes. orang dah semakin muak dengan kerajaan yg rasuah, di malaysia je pemimpin rasuah masih disimpan.
lain lain street protes, ecuador (okt,2019), zimbabwe (okt,2019), mesir,bolivia,iraq,chile,belanda,peru,syria. perang di syria dah bertahun-tahun masih lagi tak selesai, korang rasa sistem demokrasi ni sistem yg cukup indah ke. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bila baca berita mcm ni, merenung diri yg penuh dosa dan belum byk lagi amal nak dibawak ke sana.. huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Taklah terus kiamat. Kita melalui zaman dajjal dulu. Lepas tu Nabi Isa turun. Nabi Isa hidup d dunia ni adalah sekian2 tahun yg penuh makmur. Lepas2 tu baru dtg kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
jangan bimbang..kita semua akan mati. Kenapa perlu bimbang kiamat nak dekat?..sedangkan kematian kita lebih dekat daripada kiamat. Kiamat akan datang tk kira apa sekali pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan di Dubai disebabkan cloud seeding oleh kerajaan disana. When people want to try & play "god". |
|
|
|
|
|
|
|
bencana alam dah ada sejak ribuan tahun dulu. ada yg berlaku pada masa berdekatan tetapi kehidupan tetap terus berjalan spt biasa sehingga sekarang
skrg apa point penulis ini cuba nak highlight bencana2 alam yg berlaku baru2 ini diseluruh dunia menunjukkan tanda2 lain atau sehingga boleh disimpulkan tanda2 dunia di penghujungnya.
setakat bencana2 ini berlaku hampir serentak tak cukup kuatlah.
mcm tahun 2012 hari tu, lucu pula bila teringat telatah manusia yg percaya sesuatu akan berlaku pd tahun itu.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
ini memang azab rutin lepas perayaan maksiat krismas dan tahun baharu ape nak hairan  |
|
|
|
|
|
|
|
Dari zaman Rasulullah dah dikhabarkan kiamat makin hampir..maybe in Allah's kingdom hampir tu beribu tahun di dunia tp beberapa saat saja di sana...kan balasan neraka pon sehari kat sana bersamaan beribu tahun lamanya di dunia ni..hehe..if that make any sense which i like to believe so aku lg beringat. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 22-1-2020 08:48 PM
bencana alam dah ada sejak ribuan tahun dulu. ada yg berlaku pada masa berdekatan tetapi kehidupan t ...
Slalunya dlm cerita hollywood watak2 yg 'lucu x percaya' nak kiamat ni mati dulu. Cara mati pon style katak mcm tu jek..hahaha.but that's Hollywood.
Motif dia nak ingatkan kamu dunia ade pengakhiran la.sama mcm nyawa kamu yg lg berumur lg kerepot malfunction sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada siapa persoal pasal kematian, tak kiralah sebabnya apa. pasal dunia ni berakhir pun tak ada isu disitu..
isunya ialah arah penulisan ini lebih kepada konspirasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi Koala and mati keras hangus tu sedih tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Jd. Marilah kita semua siap sediakan amal ibadah kita utk bekalan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
ini dari apa yg sy faham.
bila berlakunya gerhana matahari - last month 26.12.2019 yg terbaru kann
itu petanda akan berlaku perubahan pd alam kita
selain menjadi petanda kebesaran Allah yang Maha Berkuasa
dan peringatan ttg azab n nikmat yg dijanjikan Allah pada kita hambaNya
Fenomena gerhana yang berlaku sgt besar ertinya
haruslah kita menghayatinya dgn iman
apa yg berlaku sejak akhir2 ini pada dunia saya yakin itu yang Allah dah janjikan pada sebuah PETANDA
Dia dah tunjuk awal2 dah...
kita ni yang patut bersedia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|