Kredit foto: FB Sedapnya Resepi
Mangga adalah buah popular yang boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan pencuci mulut. Manalah tidak popular, rasanya yang manis berlemak dan sangat menyegarkan pasti diminati sesuai dengan cuaca panas negara kita.
Bila sebut air mangga, mesti sudah terbayang warna mangga yang kuning di raja, rasa susu lemak berkrim, ditambah pula ais untuk sejukkan minuman. Kemudian diminum dalam cuaca yang panas terik. Fuh!
Bayangkan air mangga ini mengalir ke tekak anda. Allah, nikmat tak terkata. Lebihkan ais, korang pasti tidak akan berganjak sebelum habis!
Dah terliur ke tu? Jom kita tengok resipi pencuci mulut air mangga ini.
Bahan-bahan :
* 3 cawan susu segar
* 1 paket serbuk jelly perasa mangga (masak dan sejukkan serta di potong dadu)
* 1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cawan susu pekat (ikut manis yang kita nak)
* 1 cawan sagu (masak dengan air yang mendidih dan tapiskan)
* 1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)
Caranya :
1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
2. Siap untuk diminum.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi: Fatien Zaini via Sedapnya Resepi |