Masalah kucing dan anjing liar memang boleh mendatangkan kesusahan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan perumahan. Bagaimanapun, ia tidak lah sampai mahu meracun binatang ini semata-mata memuaskan hati sendiri.
Namun, apabila sebuah ahli jawatankuasa pangsapuri membuat pengumuman untuk menangkap kucing terbiar, ianya mendapat perhatian ramai orang. Sementelah lagi, ianya dihebahkan menerusi kain rentang dengan menjemput semua warga perumahan itu turut hadir bersama-sama bagi membanteras kejadian ini.
Apa yang menjadi persoalannya, mengapa tawaran saguhati ditawarkan kepada mereka yang berjaya menangkapnya? Memang makhluk ini tidak boleh dibiarkan hidup ke?
Kredit foto: twitter
Dengan kapsyen "Jangan bela kucing, sekiranya menganggu jiran tetangga" mendapat perhatian warganet. Ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut dan ada juga yang menganggap ianya perbuatan kejam lagi tidak berperikemanusiaan.
Akan tetapi, sikap bencikan bintang ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, terapi juga di luar negara. Contoh terdekat ialah rakyat Australia membunuh kangaroo beramai-ramai dengan alasan ianya terlalu banyak. Bukan sahaja haiwan darat, haiwan laut pun mendapat banana sama. Dugong dan penyu dibunuh dengan kejam. Kifarahnya? hutan mereka terbakar teruk beberapa bulan lalu hingga mengakibatkan beribu-ribu haiwan mati.
twitter
Bagi yang tidak bersetuju dengan penangkapan kucing ini menegaskan akan berlaku ketidakseimbangan eksosistem seperti tikus akan bermarajalela pula.
google
Namun, masalah sebenar bagi mereka yang mahukan penangkapan ini ialah kawasan perumahan menjadi kotor akibat kucing berak dan kencing merata-rata hingga meninggalkan bau busuk.
google
Pelbagai cara dicadangkan, antaranya ialah Persatuan Haiwan Malaysia perlu melakukan penangkapan dan memandulkan kucing tersebut tanpa menyiksanya.
fb
Aduhai, serba salah juga penghuni di sini ya. Jadi, anda rasa betul ke apa yang mereka buat ni? - CARI
|