Aksi comel anak perempuannya, Amarra Sofea Rose memberitahu kereta milik bapanya telah disaman oleh salah seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mencuri perhatian para pengikutnya.
" Daddy you see this, haritu you got aman, hari ni you got aman, what is the problem hah" ( Lihat. Haritu dapat saman, harini dapat saman, apa masalah hah) kata Amarra dan disambut gelak oleh Azad.
Kali ini, pegawai DBKL yang bertugas sempat ber
selfie dengan Azad selepas memberi saman pada pelakon itu. Menyempat lagi pegawai DBKL yaa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/16/090052fqdm0hw5xwa16606.png)
Kredit foto: Instagram Azad Jazmin
Sementara itu, Azad turut memuji pegawai DBKL berkenaan yang telah menjalankan tugas dengan adil dan saksama.
Malah, dia berasa kagum terhadap mereka yang terpaksa bekerja di bawah panas terik matahari.
Rata-rata pengikutnya di Instagram terhibur dengan gelagat Azad bersama anak perempuannya itu.
Kredit foto: Instagram Azad Jazmin
Bagusnya Pak Azad beri kerjasama dengan penjawat awam. Setengah orang tu sampai bergaduh bertumbuk bagai.
Moga ia jadi pengajaran untuk kita semua. Selamat membayar saman ya, Pak Azad.- CARI