CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2578|Reply: 6

Beza Influenza Dan Demam Biasa Tapi Ramai Tidak Tahu, Kenali Tanda Ini Sebelum T

[Copy link]
Post time 16-1-2020 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 16-1-2020 03:49 PM



Gejala seperti demam, sakit kepala, batuk, sakit tekak, hidung berair dan sakit-sakit badan, merupakan simptom yang dihadapi apabila seseorang individu yang mengalami demam selesema biasa.

Namun, kini dengan pertambahan kes virus influenza di negara kita, ianya tidak boleh diambil mudah kerana dua penyakit ini berkongsi simptom yang hampir sama, namun kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza.

Jadi, apa yang membezakan antara influenza dan selesema biasa? Ikuti perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah.



Influenza dan selesema biasa, kedua-duanya disebabkan oleh virus

Virus adalah agen penyebab bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, ia melibatkan virus yang berbeza. Bagi demam selesema biasa, virus utamanya adalah rhinovirus yang terdiri daripada 3 jenis utama A, B dan C. Terdapat sekitar 160 subjenis yang diketahui boleh menjejaskan manusia. Disebabkan jenis yang banyak, anda boleh mendapat jangkitan berulang kali.

Influenza atau flu pula disebabkan oleh virus influenza. Ia terdiri daripada jenis A, B, C dan D. Virus A adalah agen utama dengan subjenis yang pelbagai mengikut 2 jenis protein (H dan N) di permukaannya. Daripada 2 protein ini, nama-nama subjenisnya diambil. Paling kerap ditemui adalah H1N1 dan H3N1.



Bagaimana ingin membezakannya?

Tanpa ujian makmal yang khusus, mustahil untuk membezakan antara kedua-duanya hanya melalui tanda dan simptom yang dialami.

Namun, secara amnya simptom flu lebih teruk dan berlaku secara tiba-tiba. Berbeza dengan selesema biasa yang kebiasaannya ringan dan datang secara beransur. Beberapa perbezaan lain pula adalah:


  • Demam kebiasaannya flu, terutamanya jika suhu tinggi sehingga 37.8°C-40°C.
  • Flu menyebabkan rasa letih sehingga berminggu-minggu.
  • Sakit tekak lebih kerap berlaku dalam selesema biasa.
  • Hidung berair juga biasanya berlaku dalam selesema biasa.
  • Mual, muntah dan cirit-birit adalah simptom flu.
  • Komplikasi seperti pneumonia lebih kerap berlaku dalam flu.




    Awasi tanda-tanda amaran. Jika berlaku, dapatkan bantuan perubatan segera kerana dikhuatiri komplikasi:
  • Sesak nafas.
  • Bibir dan kulit berwarna biru.
  • Ruam.
  • Terlalu penat sehingga tidak mampu bangun.


    Mungkin bukan kedua-duanya, tetapi denggi

    Demam, letih dan sakit sendi mungkin juga disebabkan oleh demam denggi. Memandangkan kes denggi sangat tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan bandar, doktor mungkin akan mengesyakinya dan membuat ujian darah untuk menyingkirkan kebarangkalian demam denggi.

    Apa pun penyakit yang mungkin menjangkiti badan anda, amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Amalkan pemakanan sihat dan senaman berkala. Jangan lupa juga untuk mengambil vaksin influenza setiap tahun bagi mendapatkan perlindungan yang berkesan.


    Sumber : Muhamad Firdaus Rahim via Hello Doktor

  • Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 16-1-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
    Tadi aku tanya cucu tok yg ahli farmasi.. Perlu ka tak aku dptkan vaksin.. Dia kata tak perlu sebab aku kan 99% berada dlm rumah.. Fuh.. Tapi dia kata vaksin kat swasta di kedah mmg habis.

    Apa pun aku nasihatkan angpa yg sentiasa berdepan dgn manusia luar (kwsn org ramai maksud aku) buat la langkah berjaga2..vaksin kalau boleh. Dan sentiasa berhati2..jgn dok buat loqlaq tak dengar nasihat Dr kalau angpa tak sihat.

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-1-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
    semoga anti vaksin ni vaksin jugak anak dorang
    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-1-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
    Yg mana tak sempat vaksin, penting tak berada dikhalayak ramai.. Kurangkan risiko dgn tidak kerap bercampur tempat sesak... Kerap minum air supaya tekak sentiasa basah. Sebab virus influenza sakit aktif bila tekak dlm keadaan kering... Kerap minum, bukan banyakkan minum.

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-1-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
    Kurex replied at 16-1-2020 04:40 PM
    semoga anti vaksin ni vaksin jugak anak dorang

    Depa akan guna bawang.. Sebenarnya masa Spanish Flu abad ke 19 dan awal abad ke 20 mmg bawang terbukti membantu mengurangkan penyebaran virus SF..

    Tapi skrg dah lebih 100 tahun kes last SF,  dan berdasarkan kemajuan biologi skrg, tak hairan lah kalau virus Influenza mmg dah di alter supaya lebih kuat utk membunuh pengidap... Jadi bagi aku vaksin adalah langkah tambahan yg patut diambil oleh semua manusia.

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-1-2020 08:20 PM | Show all posts
    vaksin ni dah abis kat klinik2 swasta pun dah takde..pihak2 sek pun
    dah bgt kat mak bapa kalau risau anak2 jgn bg sek.buat surat utk bgt
    anak2 tak dtg sek,pihak sek pun faham,risau berjangkit2 fhm2 lah bdk2
    kan sebagai  langkah berjaga2..

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Follow Us
    Post time 17-1-2020 10:59 AM | Show all posts
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    Category: Kesihatan


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    22-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.217664 second(s), 40 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list