View: 7425|Reply: 22
|
[Bahasa]
[Takwil Puisi 44] AKU
[Copy link]
|
|
Aku
Bila merak melebarkan takhtanya
Bila enggang tinggi terbangnya
Nah disitu pantas kau muncul
Teringatkan dikau bila katak masih berudu
Tidak kau peduli
Tidak kau pernah melihat evolusi
Pabila tanah bergoncang
Pabila pasak bumi merata
Nah jawablah dikau tentang kuasa
Jawablah dikau tentang aku
Yang kau lupa semasa didunia
puisi ini menceritakan tentang kisah hidup hubungan penyajak dengan ayah/ ibu
semasa penulis masih kecil, dan perlukan penjagaan dan tanggungjawab ibu/ ayah penulis tiada
untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.
bila penulis semakin meningkat dewasa,semakin berjaya dalam hidup,mempunyai pekerjaan yang baik,ibu/ayah muncul semula mengharapkan perkongsian kesenangan yang telah penulis miliki tanpa memikirkan salah perbuatan yang lama
semoga apabila tiba masanya mungkar dan nakir datang menyoal,jawablah salah perbuatan di dalam sana
tentang perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan terhadap penulis..
sekian
wallahualam~
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Karya ini ditulis untuk mengenai kemegahan dunia, kekayaan harta terus dipandang tinggi dan melupakan asal usul yang sepatutnya diingati.
Dan akhirnya, setelah semua perkara yang dilalui tidak dikisahkan, nanti bila di akhirat nanti, jawablah tentang 'AKU' yang kau tak pernah hiraukan.
atau mungkin jugak ini kisah anak yang terbuang. yang tak pernah diiktiraf oleh ayah yang kaya raya sebab dia anak yang tak diinginkan. dan bila dah mati nanti, kau jawabla sendiri dekat akhirat nanti. eh, tiba-tiba jadi mcm drama pulak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puisi ni seperti mengisahkan tentang hubungan kita dengan Tuhan. Bila kita susah, kita berdoa agar Tuhan kurniakan rezeki. Bila dah senang, kita lupa Tuhan. Lalu apabila kita mati, kita ditanya tentang amalan kita semasa kita hidup. Adakah kita ingat Tuhan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puisi ni tentang orang yang lupa diri. Terasa semua kejayaan yang hadir dengan usaha diri sendiri. Hinggalah suatu masa Allah menguji. Baru terasa semua yang datang dan pergi itu dari Ilahi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahhh terima kasih @seribulan . tak sangka menang takwil |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ada org dah pm so saya terpaksa cuba takwil heh
baca sekali imbas so main teka jela
AKU di dalam puisi ni digambarkan sbg pokok2 dalam sesebuah belantara
ataupon sbg gunung ganang
"Bila merak melebarkan takhtanya
Bila enggang tinggi terbangnya
Nah disitu pantas kau muncul"
Bermaksud bila waktu siang menjelma, muncullah sekumpulan manusia yang akan merosakkan
flora dan fauna semata2 utk pembangunan
"Teringatkan dikau bila katak masih berudu
Tidak kau peduli
Tidak kau pernah melihat evolusi"
Bermaksud mereka tidak sedar akan pentingnya ekosistem alam yang sepatutnya tidak diganggu
"Pabila tanah bergoncang
Pabila pasak bumi merata
Nah jawablah dikau tentang kuasa
Jawablah dikau tentang aku
Yang kau lupa semasa didunia"
Hasilnya berlakulah bencana seperti banjir besar, hakisan tanah, tanah runtuh, peningkatan suhu global dll...
di mana telah merosakkan kawasan dan telah meragut nyawa yang tidak bersalah semata2 kerana tangan2 manusia durjana
sekarang pengadilan hanya antara mereka dan maha pencipta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cari free time jap nak takwil |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya puisi kali ni tentang seseorang yang hanya memandang pada yang ada kuasa. Ada pagkat ada darjah. Jenis manusia yang hanya berkawan atau bergaul dengan orang yang hanya berkuasa dan pengaruh.
Penulis juga menceritakan, ketika seseorang itu tiada apa apa tidak pula mahu di pandang, sedangkan mungkin yang berkuasa hari ini adalah yang mereka yang tidak punya apa apa pada hari semalam.
Penulis juga menceritakan tentang penyalah gunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan apa yang selayaknya jadi milik penulis, diabaikan haknya hanya kerana penulis tidak berkuasa, tidak berkedudukan. Macam lebih kurang konsep pilih bulu untuk kepentingan peribadi. Penulis juga berharap agak segala yang terjadi di dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak cuba
Kisah tentang seseorang yang terlalu bermegah dengan kemewahan dan kemakmuran seolah-olah dia akan hidup untuk selama-lamanya. Sentiasa memandang rendah pada orang yang hidup susah sedangkan dia juga berasal dari orang susah.
Dia juga melupakan tanggungjawab seolah-olah tidak akan disoal diakhirat nanti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kita berada di atas, janganlah sombong dan lupa diri. Hingga menghina yang di bawah. Ingatlah hidup bagaikan roda. Sentiasa lah mengingati Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puisi Minggu Ini
Aku
Bila merak melebarkan takhtanya
Bila enggang tinggi terbangnya
Nah disitu pantas kau muncul
Teringatkan dikau bila katak masih berudu
Tidak kau peduli
Tidak kau pernah melihat evolusi
Pabila tanah bergoncang
Pabila pasak bumi merata
Nah jawablah dikau tentang kuasa
Jawablah dikau tentang aku
Yang kau lupa semasa didunia
Hasil nukilan,
@Snack_Fruit
Fahaman kak senah pasal puisi ni tentang sifat manusia yang cuma muncul dalam hidup seseorang pada waktu seseorang tu dah mengecapi kesenangan, sedangkan sewaktu susah takde yang datang mengahampiri, takde yang ambil kisah tentang cabaran dan dugaan yang dihadapi. Segala perbuatan kita juga akan dipertanggungjawabkan kepada kita selepas kematian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq ye semua yg sudi takwil puisi meolls.
Tq jugak momod sudi keluarkan puisi xseberapa ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seronok pulak ada yg sudi takwil. Nanti kalau ada puisi lagi iolls hantar ye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maksud puisi nie mengikut pemahaman sy.maaf jika salah.
berkisarkan seorang anak yg merasa kecewa dgn sikap tidak bertanggungjawab ibu atau bapanya dr kecil lg.kini apabila si anak sudah dewasa dan berjaya di dlm hidup barulah ibu/bapa muncul kembali dan ingin menumpangan kesenangannya.
Si anak tiada hak untuk menghukum nya.cuma apabila mereka sudah meninggalkan dunia kelak,jawablah pd yg maha Esa tentang tanggung jawab sebagai ibu/bapa ketika masih hidup dahulu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|