CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8105|Reply: 44

"Baju Kurung Ni Tradisi Melayu. Tak Payah Kaitkan Nak Masuk Islam" -

[Copy link]
Post time 13-1-2020 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Kredit Foto - welluniform.my



Sudah 2020. Masih ada segelintir individu yang berfikiran kolot seumpama kata pepatah seperti katak di bawah tempurung.

Perkara ini dikongsi di media sosi@l Twitter. Baca lanjut.





Mengejutkan bukan kerana masih ramai mentaliti mereka di takuk lama walaupun kita sudah 60 tahun merdeka dan hidup berbilang kaum dan agama.



Asal berbaju kurung boleh terus diislamisasi.



Tidak berakhir di situ, pengguna ini menjawab bahawa beliau berbaju kurung kerana pergi ke sekolah sebelumnya dan apa salahnya jika seseorang itu memeluk Islam?



Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, pakcik tersebut membidasnya dengan mengatakan bahawa apabila seorang itu memeluk Islam, kebebasannya untuk minum arak, berjudi, makan daging b@bi dan berseluar pendek akan terhapus.










Baju kurung dan jawi bukan sebahagian dari proses islamisasi. Ianya satu tradisi. Berbaju kurung dan belajar jawi tidak terus menjadikan seseorang itu muslim.







Pengguna ini turut menyatakan bahawa pemikiran sesetengah warga emas sentiasa merasakan mereka sahaja yang betul serta memaksa atau mempengaruhi orang lain mempercayainya.



Bukankah sepatutnya golongan ini yang lebih dulu makan garam berfikiran lebih terbuka?



Malah golongan ini sepatutnya menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama lain kerana secara keseluruhannya tiada agama yang memaksa penganutnya berbuat perkara tidak baik tulis pengguna ini lagi.









Rata-rata pengguna Twitter lain turut bersetuju dengan pandangan anak muda ini.



Menghormati budaya orang lain adalah salah satu cara kita bergerak ke hadapan...








Pakaian tidak melambangkan taqwa seseorang apatah lagi bangsa atau agama, tapi yang bertaqwa pasti akan menjaga cara pemakaian.




Kredit foto: Twitter




Sepatutnya kita perlu mengetahui perbezaan antara kebudayaan dan agama kerana ada sempadan yang memisahkannya.

Setengah orang suka berfikir dengan hati bukan dengan fikiran.

Mereka adalah orang-orang yang cenderung membuat keputusan dan bertindak berdasarkan apa yang mereka rasakan, bukan apa yang mereka pikir paling rasional. - CARI



Sumber - Twitter



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la zaman la ni. Ramai benar cetek ilmu. Zaman sekolah dulu. Aku tukar2 lagi hari ni pinafore esok baju kurung. Biasa jumaat ramai pakai baju kurung.

Budak cina india pun, depa ada  baju kurung dgn pinafore juga. Sinsing lengan sampi siku kekadang kalau pakai baju kurung. Lol.

Mana pegi la org2 bijaksana yang kurang sifat assabiyah dari zaman aku membesar dulu.

Kenapa la manusia2 assabiyah yang ada dalam wawasan 2020
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah dorang lebih rela anak2 cucu cicit memakai hot pants tunduk dan duduk nampak sikit apa yang tak sepatutnya. berbanding baju kurung yg tutup apa yang sepatutnya ditutup. ?

Zaman dulu elok je baju org tionghua yang tertutup,  lama2 berbelah sana sini,  makin lama makin pendek,  dah nak serupa pakaian zaman batu mcm katun Flintstone.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu sekolah rendah pakai pinafore lagi... Mai menengah still pakai seluar pendek masa PJ.. Sebab all girls school gitu.. Tak menjadikan aku nak masuk agama lain.

Pakai baju kurung ka.. Belajar tulis rumi or mandarin ka, tak menjadikan ang tu tukar agama.. Betul2 dok dlm tempurung betul depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 I non muslim ramai je pakai baju kurung gi skolah. Bila majlis hari raya pon sama. Yg lelaki siap berbaju melayu siap bersampin lagi. Kdg2 student popuan yg melayu lagi over berfashion.  yg non muslm tu elok je bersopan xde seksi meksi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 02:46 PM | Show all posts
sekarang zaman urban tapi otak tepu. jaman dulu2 rileks je bdk cina india pakai baju kurung. jiran aku kakak india setiap jumaat pakai baju kurung, kebaya, kebarung, kaftan takde plak bapak dia menyalak padahal bapak dia kuat minum todi wakakakakak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bos aku lek je pakai baju melayu hari ni..  btw dia pun ada bagitau dia nak masuk islam.. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baik zaman aku tak rasis teruk mcm gini
Aku sek srjk(c) pakai pinafore, time pj pakai short aje.
Smbut raya cina, nenek aku mati pun , aku sama berarak, sma2 join upacara sembanyang
Idup aku bnyk dgn family cina aku banding keluarga melayu.
Tpi idok pun aku teringin nk jadi murtad or tukar agama ke apa.
Org zaman skrg ni, mengarut betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 03:23 PM | Show all posts
ramai yg tak suka Islam kerana katanya takde kebebasan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin maju rupanya ramai yg xcelik lg ye. Belajar jawi itu konon nk masuk islam, berbaju kurung tu masuk islam. Habis yg org islam sendiri sekolah agama pn masih xpraktikkan apa yg dia blaja. Belajar sekolah cina xde pulam jd cina, habis kau takut sgt. Balik la cina.. Dah malaysia punya perlembagaan jangan disentuh bumiputra hak melayu.. Sekarang sejak byk politician yg bodoh yg menyanjung dapig and chinese. Yg provoke perpaduan
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 04:35 PM | Show all posts
bila lah nak pupus org2 yang berfikiran singkat ni. cuba positif sikit. confirm hidup korang tenang. x yah fikir macam2. saya time skolah g tgok kawan2 lain agama pakai je baju kurung. ok je. x da plak terfikir dorang tu nak masuk islam. ish4
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 05:22 PM | Show all posts
Sib baik tak gi tokong hari tu.. sebab aku pakai samfu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dlu prnah skli otw g kje dh lwat nk kna wthdraw duit asl jumpa bank je. pastu nk msuk kete apek cina tgur i msa i lps wthdraw kt atm bank islam tpi jln. dia ckp apesal u x kluar duit kt bank sana dpn? (public bank). i ckp kenapa ? dia tanya i melayu ke? i pun ckp yes i melayu islam. dia diam i pun trus blah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 06:24 PM | Show all posts
Kurex replied at 13-1-2020 03:07 PM
bos aku lek je pakai baju melayu hari ni..  btw dia pun ada bagitau dia nak masuk islam.. amin..

suruh bos you contact ustaz ebit terus. Sebab ada video dia upload dia islamkan uncle tu dah 70 lebih umur, lama dah uncle tu nak masuk islam tapi sebab takde sokongan dari kawan-kawan.. dia macam dah lupakan. sehinggalah dia ternampak ebit lew tepi jalan tengah islamkan seorang indian.

[youtube]fvgLvjH0Pbk[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 06:51 PM | Show all posts
any42 replied at 13-1-2020 06:23 PM
dlu prnah skli otw g kje dh lwat nk kna wthdraw duit asl jumpa bank je. pastu nk msuk kete apek cina ...

em...chinese look ni..
tlg bg ig..ramai yang nak tgk ni..
hiihi












gurau-gurau je yek
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 13-1-2020 06:51 PM
em...chinese look ni..
tlg bg ig..ramai yang nak tgk ni..
hiihi

dlu kje deal dgn cstomer pun few chinese akn ckp cina dgn i. puas telek rupa sndri xde rupa cina pun. u sngja nk mngeji rupa i knnnn. hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayooo.. dh takut sgt dgn islam n budaya mlyu p la balik Macau sana!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 13-1-2020 01:32 PM
Kenapa la zaman la ni. Ramai benar cetek ilmu. Zaman sekolah dulu. Aku tukar2 lagi hari ni pinafore  ...

Sokong komen sis ni! Semua nak dilibatkn dgn religion..

Kwn cainis,indian sy ada je y pakai..kitorg pn kdg2 dress up jgk pakai pakaian dorg,xde plak nak associate sari as nak convert to hindu/pakai ceongsam nk convert to buddha ke ape..

Baju tradisional ni budaya..ramai lagi y tak faham antara budaya dan agama..hmm..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
any42 replied at 13-1-2020 07:51 PM
dlu kje deal dgn cstomer pun few chinese akn ckp cina dgn i. puas telek rupa sndri xde rupa cina p ...

Ai kt sini ada laa belajar sikit2 dgn students and kelig ai bhs cainis..tp nak cakap xreti laa,boleh faham basic phrase sahaja..hehehe

Dorg nak ngumpat pun xleh..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 13-1-2020 09:42 PM
Ai kt sini ada laa belajar sikit2 dgn students and kelig ai bhs cainis..tp nak cakap xreti laa,bol ...

i senyum kmbing je la smbil cmmnicate dlm bi.
u bruntung ad yg sudi. i ni tah kwn2 cainis lg prefer converse in bhsa or englsh. agknya mcm u ckp la takut kita fhm bila time dorang mngumpat mngeji. -..-'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086854 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list