CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13609|Reply: 61

Ayati Tasrip bakal kahwin lagi di usia 60 tahun

[Copy link]
Post time 11-1-2020 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 11-1-2020 11:12 AM

Ayati Tasrip temu jodoh lagi

Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]

PENYANYI veteran Ayati Tasrip tidak menyangka akan bertemu jodoh lagi pada usia 60 tahun apabila bakal melangsungkan pernikahan bulan depan.
Penyanyi yang popular dengan lagu Khazanah Dari Malaya ini mula mengenali bakal suaminya yang dikenali sebagai Ariffin pada November lalu.

Ayati bergelar ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas suaminya, Zulkifly Halim meninggal dunia. Mereka memiliki empat anak dan lapan cucu.

Katanya, dia mula berkenalan dengan bakal suaminya ketika majlis minum petang bersama rakan-rakan di Laman Niaga, Ampang.

“Di situ tempat artis-artis seangkatan saya berkumpul sambil berkaraoke secara terbuka. Kami pun tak tahu bila perasaan mula berputik. Dia mulakan dengan minta nombor telefon tanpa meletakkan harapan yang tinggi," katanya.

Menurut Ayati, respon yang diberikannya membuatkan bakal suaminya terkejut.
“Dia memang serius nak cari isteri selepas setahun menduda akibat kematian isteri, manakala saya pula nak cari suami.

“Saya berkawan dengan lelaki bukan semata-mata untuk suka-suka. Saya ada ramai kawan lelaki tapi ini yang betul-betul serius mahu memperisterikan saya," katanya.

Ayati berkata, bakal suaminya adalah pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tinggal di Kampung Pandan.

“Dia pun mulanya tak terlintas nak kahwin lagi selepas kematian isteri. Tapi apabila tengok saya terus jadi suka. Dia tidak tunggu lama apabila melamar saya pada bulan yang sama dan kami kini sudah bertunang.

Sekarang kali dalam proses buat persiapan untuk berkahwin yang dijadualkan pada Februari nanti," katanya.
Ayati berkata, walaupun berusia 68 tahun, bakal suaminya bebas penyakit dan nampak muda kerana aktif bersukan.

“Ariffin orangnya penuh kasih sayang. Ia memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya kehendaki kerana saya nak orang yang sayang saya sepenuhnya. Boleh dikatakan saat bercinta dengannya saat manis. Kami kerap berjumpa kerana jarak antara tempat tinggal yang dekat.

“Saya pun selalu temankan dia makan di tempat terbuka. Kami gunakan peluang untuk mengenali hati masing-masing," katanya.
Mengulas penerimaan anak-anak, Ayati bersyukur mereka memahami perasaannya.

“Waktu baru-baru kematian ayah mereka, anak-anak memang halang saya kahwin lagi. Tapi lama-kelamaan mereka tengok saya sunyi dan suruh berkawan. Apabila jumpa yang ini, mereka pun suka.

“Saya pun dah kenal dengan dua anak bakal suami serta empat cucunya dan mereka dapat terima saya sebagai pengganti ibu mereka," katanya.
Ayati bercadang akan mengadakan tiga majlis kenduri iaitu dipihaknya, keluarga bakal suami dan untuk rakan-rakan artis.

“Kenduri untuk rakan-rakan artis akan dibuat di Restoran Chef Zainal Tanjung Puteri, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
“Rakan-rakqn artis gembira saya nak kahwin dan nak taja macam-macam. Belum apa-apa lagi, dah ada yang bagi baju kahwin," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2020 11:13 AM | Show all posts
Sebelum di 'whoareyuss' kan bbnu..


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
lagu Cinta Dangdut tu pun acik Ayati Tasrip yg nyanyi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
si kemut sila malu ngan makcik...eh opah ni...
tgk kenal x lama da melamar...serius nak kawin..x ckp byk x tggu lama...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
takde harapan lah nak tgk acik ni masuk gv next year

senang beliau dpt jodoh & mmg mencari kot, ada setengah org dah berumur gitu tak kuasa dah, tapi klu kawin ada peneman
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:47 AM | Show all posts
hotmak replied at 11-1-2020 11:43 AM
takde harapan lah nak tgk acik ni masuk gv next year

senang beliau dpt jodoh & mmg mencari kot ...

sendduuu sgt nek yati ni nk ade dlm list gv...
tkde lgsg lgu 1 hit wonder
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 11-1-2020 11:47 AM
sendduuu sgt nek yati ni nk ade dlm list gv...
tkde lgsg lgu 1 hit wonder


Lagu Khazanah Dari Malaya & Cinta Dangdut nyanyian acik ni popular tahun 90an dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 11-1-2020 11:23 AM
si kemut sila malu ngan makcik...eh opah ni...
tgk kenal x lama da melamar...serius nak kawin..x ck ...

Terhiris luka perasaan budak kemut tuh baca komen chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2020 12:23 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 11-1-2020 11:47 AM
sendduuu sgt nek yati ni nk ade dlm list gv...
tkde lgsg lgu 1 hit wonder

Sheols ada 3 hits yach, khazanah dr malaya, seloka bervisi dan cinta dangdut. Semua bjaya masuk semi final irama malaysia. Tp lagu cinta dangdut sheols xdpt perform sendiri di semi sebab baru melahirkan so ganti dgn penyanyi masleena (bukan mazleela tabah ya?). Rezeki lagu tu dpt masuk juara lagu 95 tp sheols sedikit terkilan xdpt perform sndri lagu tu di juara lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian sgt kt bbnu yg whoareyuskan nek ayati tasrip
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 12:33 PM | Show all posts
tanya sikit, korang tak rasa tercabar ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2020 12:36 PM | Show all posts
tanyasikit replied at 11-1-2020 12:33 PM
tanya sikit, korang tak rasa tercabar ke?

xde..      
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 11-1-2020 11:13 AM
Sebelum di 'whoareyuss' kan bbnu..

Femes lagu ni, rupanya ni lah pnynyi nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Muzik intro lagu khazanah tu dh mcm intro games ank buah aku.,
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 01:10 PM | Show all posts
nak tanya je..... berfungsi lagi ke sis
ke sekadar nak jadikan teman2 je.. biasalah orang tua kan lonely
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-1-2020 01:10 PM
nak tanya je..... berfungsi lagi ke sis
ke sekadar nak jadikan teman2 je.. biasalah orang tua kan ...

Katanya takde penyakit dan amalkan gaya hidup aktif.
Insya Allah ok, tgk umur pun lewat gak tp masih sihat.
Biasanya orang lelaki dia yg mati dulu masuk 60 je kira dah tak lama lerr tu.
Tapi bakal shuben sis yati nampaknya masih sihat dan aktif.

Kawen pun cam bakalan meriah je weh siap bercinta bertunang bagai
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 01:58 PM | Show all posts
lebih kpd teman di hari tua..isi kesunyian

dalam bertunang pun sakan dating..

dating orang tua, teman makan minum je la
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 11-1-2020 11:13 AM
Sebelum di 'whoareyuss' kan bbnu..

Ni lagu tema Khazanah Nasional Berhad ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2020 02:08 PM | Show all posts
Suchi replied at 11-1-2020 01:56 PM
Katanya takde penyakit dan amalkan gaya hidup aktif.
Insya Allah ok, tgk umur pun lewat gak tp ma ...

alhamdulilah..
nampaknya lelaki lebih cepat meninggal dari perempuan lam...
apa2 pun moga sempat secure harta laki
sign tu jangan lupa ambil siap2 dan cap jari...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.052746 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list