Usahawan kecantikan dan juga Insta Famous, Syafiqah Aina nyaris terkena sihir yang dihantar menerusi komen di laman Instagramnya.
Pendedahan itu dibuat oleh suami Aina, Hafiz Mahamad di media sosialnya.
Ig
Komen berbentuk sihir mantera panjang itu diletakkan di foto isteri bersama anaknya. Dia cuma mendapat tahu setelah isterinya membaca komen pelik tersebut kemudian terus memaklumkannya.
"Tiga hari lepas ketika wife tengah scrolled untuk baca komen pada gambar yang baru dia post. Maklumlah, kalau followers tulis komen panjang, kita nak baca, tapi bila isteri baca komen tu rasa pelik pula," katanya kepada portal mStar.
Ig
Menurut Hafiz lagi, komen itu bukan komen biasa tetapi seperti sihir mantera lengkap dengan nama isterinya.
"Ayat terakhir komen tu ialah 'jahanam lah kau' dan banyak lagi yang tidak difahami. Jadi, saya padam komen tersebut supaya orang lain tak kena sihir itu."
Bagaimanapun dia bersyukur kerana isterinya tidak sempat membaca habis sihir tersebut.
Ig
"Mula-mula ingatkan akaun fake tapi ianya akaun sebenar. Tapi saya takkan dedahkan individu tersebut."
Hafiz juga sempat meluahkan rasa terkilan kerana di zaman serba canggih, masih ada yang mengamalkan perbuatan khurafat ini.
"Macam dulu, sebelum kahwin kena kecam, lepas kahwin pun dikecam sebab takda anak, sekarang ada anak pun kena juga,"
Bagi Hafiz perkongsian di media sosial bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada mahu dijadikan inspirasi kepada pasangan muda lain.
Ig
Pasangan ini memang terkenal dengan membuat banyak kejutan hingga tular di media sosial. Bagaimanapun, perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu niat manusia di luar sana. - CARI |