|
"Kalau nak mati, matilah seorang. Jangan libatkan nyawa anak."
 Kredit foto: IG
Golongan antivaksin sememangnya menguji tahap kesabaran dan keimanan seseorang.
Terbaru, pengacara Fedtri Yahya pula naik angin dengan golongan ini.
 Kredit foto:
Menerusi kemas kini di Instagramnya, Fedtri berkongsi kisah ibu baru bersalin yang berkeras tidak memberi kebenaran kepada doktor untuk memberi vaksin dan antibiotik untuk bayinya.
"Kasihan pada petugas perubatan. Sudahlah kerja banyak, nak melayan golongan degil macam ni lagi," tulisnya.
 Kredit foto: IG
Fedtri juga menegaskan kepada golongan berkenaan supaya tidak menjual nama agama untuk memperjuangkan kejahilan diri sendiri.
Dalam masa sama, Fedtri juga berkongsi pengalamannya sendiri dengan golongan terbabit.
Ramai setuju dengan perkongsian Fedtri itu dan bengang dengan 'ilmu pengetahuan' golongan antivaksin yang lebih hebat daripada doktor pakar.
 Kredit foto: IG
Kongsi sikit siapa yang pernah berdepan golongan antivaksin ni. Memang degil tak boleh berubah langsung ke mereka ni? - CARI
|