Beberapa hari lepas, kecoh di laman sosial apabila menteri dan pegawai tinggi kerajaan dikatakan bakal menerima 32 unit Toyota Vellfire dan 3,000 Honda Accord untuk kegunaan rasmi.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guang Eng, beliau menyatakan bahawa kontrak penukaran kereta ini sedang menunggu keputusan Kabinet untuk dilaksanakan dan bakal diumumkan pada masa akan datang.
Pengumuman ini mendapat reaksi negatif rakyat Malaysia yang majoritinya berpendapat bahawa penukaran kereta ini adalah tidak wajar dan satu pembaziran buat negara.
Dengan beberapa keputusan kerajaan seperti memotong elaun kritikal dan tiada lagi bantuan untuk rakyat, pengumuman ini nampak tidak adil. Malah, ada yang menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti syok sendiri.
Sumber Gambar: AutoBuzz
"Kalau orang-orang terhormat sendiri tak nak guna kereta nasional, macam mana kita nak meyakinkan orang luar untuk beli?"
Isu ini turut mendapat perhatian Bront Palarae yang juga kurang bersetuju dengan pengumuman penukaran kereta ini.
Menurut beliau, jika kerajaan tidak menggunakan kereta nasional sebagai kereta rasmi, ini membuatkan negara sendiri kurang yakin dengan kualiti kereta negara.
Sambung beliau, keputusan ini juga bakal memberi kesan negatif kepada pembeli negara luar untuk membeli kereta keluaran Malaysia.
Bront Palarae turut berpendapat jika pengumuman ini adalah bertujuan untuk menguatkan lagi talian hubungan diplomatik dengan negara Jepun, kerajaan Jepun juga perlu menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai balas ganti.
Menurut laporan Sinar Harian, kontrak ini akan kekal selama 15 tahun dan memakan kos sebanyak RM300 juta setahun.
Sedang ekonomi negara dalam keadaan membimbangkan dan ada rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi, keputusan kerajaan ini adalah 'tidak berhati perut' dan merupakan satu penindasan buat rakyat marhaen.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen! - CARI |