Kredit foto: Instagram Fizo Omar
Baru-baru ni, tular di laman media sosial mengenai seorang lelaki meminta derma telah di soal mengenai jumalah rakaat solat asar namun dia gagal menjawabnya dengan betul.
Khabarnya lelaki itu menyamar sebagai individu yang ditugaskan untuk mengutip derma bagi salah sebuah tahfiz di Sungai Petani, Kedah tetapi sebenarnya dia menipu sahaja mereka-reka cerita mengutip derma untuk pusat tahfiz yang tidak wujud.
Dalam pada itu, pelakon Fizo Omar memaklumkan beliau dihujani pesanan di media sosial mengenainya. " Eh sama macam Fizo Omar la..." tulis beliau di Instagramnya.
Pengikut Fizo Omar ada yang berseloroh mengatakan bahawa memang muka pemuda itu sedikit serupa dengannya.
Kredit foto: Instagram Fizo Omar
Mengulas mengenai hal itu Fizo turut memohon warga maya jangan terus menghina pemuda itu kerana kita tidak tau apa masalahnya yang sebenar.
Malah Fizo mohon warga maya mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya.
Begitulah. Kita jangan cepat menghukum seseorang itu. Tapi sebenarnya betul ke sama korang? - CARI
|