Juara bersama Gegar Vaganza 2019 (GV 2019) baru-baru ini dikatakan telah mula 'demand' meletakkan harga tinggi bagi setiap bayaran persembahan nyanyian yang dilakukannya.
Namun, ketika ditemui Astro Awani, Naqiu telah membidas kenyataan tersebut dengan menjelaskan bahawa setiap urusan harga bayaran sebenarnya boleh dirunding, bukannya harga tetap semata-mata.
Kredit foto: Google Image
Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, berkata bahawa pihak pengurusan tidak meletakkan bayaran sesuka hati, namun sebaliknya ia boleh dirunding.
"Apa-apapun, Alhamdullilah syukur sebab rezeki yang datang itu daripada Allah S.W.T," ujarnya lagi.
Katanya lagi, untuk penetapan harga, ianya bergantung kepada skala acara atau persembahan itu sendiri.
"Kalau event itu besar, maka besarlah payment, jadi semuanya bergantung kepada acara,"
"Kita tak letak harga tinggi melangit tetapi kita ikut pada acara yang disertai," katanya lagi.
Dah bergelar Juara, haruslah tinggi sikit 'demand'nya, ekonomi pun dah meleset. Betul tak? - CARI
|