Kredit foto: Instagram Cleopatra
Selepas fotonya bersama menteri belia dan sukan tular, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shahruddin acapkali menjadi sasaran kritikan warga maya.
Pernah dituduh transgender dan video masakannya juga dikritik ramai, Cleopatra dilihat tidak mampu menahan rasa selepas beliau memuat naik foto pesawat Cessna dengan hamparan permaidani merah dua hari lalu di Tw!tter beliau turut dijadikan bahan pengguna maya.
Kredit foto: Twitter Cleopatra
Cleopatra menjawab kecaman warga maya dengan memuat naik pula entri berikut di Twitter dan Instagram beliau.
Keadaan makin panas sehingga ada warga maya mengeluarkan komen sebegini.
Tidak salah untuk tidak bersetuju, tapi biarlah setiap komen itu dibuat secara berhemah. Ada benda kita boleh kutuk, ada benda kita kritik dan belajar.
Marahlah, tegaslah. Namun tidak guna perkataan kasar, carut dan maki. Ianya bukan sahaja merosakkan orang yang dihamun, namun ia sedang menjadi penyakit kepada yang sedang marah.
Semoga kita dapat kawal diri di media sosial. - CARI
Sumber - Twitter dan Instagram Cleopatra
|