View: 7737|Reply: 24
|
Tak Nak Bagi Komen, Hafreez Adam Dah Tak Nak Ada Kaitan Dengan Zara!
[Copy link]
|
|
"Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara)."
Hafreez Adam menegaskan dia sudah tidak mahu dikaitkan lagi dengan bekas tunangnya, Zara Zya.
Kredit foto: IG
Memetik mStar Online, Hafreez, 29, juga enggan mengulas video tular memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara aktres berkenaan dengan seorang wanita, baru-baru ini.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
"Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.
"Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang saya dan kami tiada kaitan lagi," katanya kepada mStar.
Katanya, kegagalannya dalam percintaan bersama Zara membuatkan dirinya serik untuk bercinta dengan orang seni.
Kredit foto: IG
"Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga.
"Sekarang ini, saya hanya berserah saja dan tiada perancangan pun dalam soal itu. Cuma untuk cari pengganti dalam masa terdekat ini, memang tidak la," ujarnya.
Kredit foto: IG
Terdahulu, Zara menepis dakwaan orang ketiga punca ikatan pertunangan yang dibina selama sebulan itu berakhir.
Menerusi kemas kini di Instagramnya, Zara meluahkan rasa syukur atas sokongan keluarga dan rakan di kala dia dilanda pelbagai kontroversi.
"Lately, macam-macam cerita keluar pasal saya. Yalah, saya pon tak boleh control apa yang orang nak cakap pasal saya," tulisnya.
Kes putus tunang masih hangat, datang pula kontroversi lain. Kalau bukan sebab orang ketiga, adakah ini salah satu puncanya mereka putus? Tapi, Zara dah tegaskan dia bukan pencinta sejenis.
Apapun, semoga semuanya selesai cara baik. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama 80 episod. Watak jahat dipuja, watak baik dianiaya.
Bila nk ending ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya bicep dia ni kan @Kurex |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bole sambung kat thread sedia ada ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 suam2 air suam.. Yg berebut nak buka benang baru pasal diorg nape. Tak bole sambung kat benang yg sedia ada ke |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 20-12-2019 12:32 PM
sedapnya bicep dia ni kan @Kurex
tu yg iols tido lena tu.. cadang nak baring je, sekali lena terus |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak komen tp drop hints after hints, gelabah la lu mamat |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal tak nak komen, 1 benang.
Pasal dah move on, 1 benang.
Pasal tak kisah berlakon bersama, 1 benang.
Pasal saya professional, 1 benang.
Tahniah la reputz CARI oi! |
|
|
|
|
|
|
|
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Teringin nk tau apa dia. I saspek org ketiga tp yg jantan ckp bkn |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak. Mana nak tengok lagi jelas w/a convie tu? Tak jelaslah! |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 20-12-2019 01:47 PM
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Ter ...
Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O |
|
|
|
|
|
|
|
Reputs pon dah dahla bodo mintak statement gayah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia berdehem pun bukak benang. Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
rukia2 replied at 20-12-2019 05:15 PM
Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O
HA ni budak baik la..Mak dia manage rumah anak anak yatim kat Gombak..semua anak anak yatim yg dorang jaga (HA,kakak n mom) semua dorang buat macam anak n adik sendiri.Kalau balik kg time raya semua dorang angkut bawak balik Melaka..Kalau tak silap masa tunang hari tu pun ada budak2 tu bergambar sekali |
|
|
|
|
|
|
|
rukia2 replied at 20-12-2019 05:15 PM
Tp mamat ni mcm sejenis yg P.O.Y.O
S.E.T.U.J.U |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 20-12-2019 01:47 PM
As much as i xsuka si hafreez ni tp i saspek zara ni ada silap besar smpai jantan ni mntk putus. Ter ...
Aku saspek sebab mulut kot? Terlepas cakap ke ape huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Hari hari ada benang deols ni, bosan wehh |
|
|
|
|
|
|
| |
|