Ingat tak video panas yang didakwa mirip pelakon dan hos, Kamal Adli yang tular di Twitter baru-baru ini?
Kredit foto: CARI
Memetik Media Hiburan, Kamal berkata, perkara berkenaan sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan dia dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
"Saya tidak boleh berikan komen lanjut mengenai perkara itu. Minta maaf, benda ni sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka menasihatkan saya untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan."
Kredit Foto - Instagram Kamal Adli
Kamal memohon pada orang ramai supaya berhati-hati supaya berhenti menyebarkan perkara yang belum sahih.
"Saya hanya boleh cakap individu yang buat benda fitnah yang macam ni, mungkin boleh hentikan. Ia sangat tidak bagus lebih-lebih lagi apabila kita lihat sekarang, ramai lagi yang menjadi mangsa.
"Ia sangat tidak sihat, tutup rezeki tutup aib orang dan sebagainya.
"Benda ni sebenarnya haram. Mungkinlah kau tak sedar sekarang, tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu.
Malah dia juga meminta orang ramai berhati-hati berurusan dengan sesiapa sahaja untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.
"Mungkin kepada yang tidak tahu, ada 'scammer' macam ni, Jadi berhati-hati. Dari side saya sepatutnya sudah selesai, saya dah tak mahu komen mengenai hal ini. Cuma nak bagi nasihat kepada yang tidak tahu. Berhati-hati sajalah," katanya lagi.
Entah-entah mungkin Kamal juga mangsa 'deepfake'. Muka Mark Zucernbeg pun orang boleh 'deepfake', inikan pulak Kamal Adli. - CARI
|