Sukar diterima apabila seorang lelaki sanggup merayu kepada seorang nenek 72 tahun untuk diberikan peluang melakukan seks dengannya.
Dia kemudiannya merogol mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya di Tamparuli, Tuaran dalam kejadian jam 12 tengah malam.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu memberi insyarat agar mangsa mendiamkan diri sebelum memintanya membenarkan melakukan hubungan seks.
Kredit foto: karteldakwah
Suspek juga memberikan alasan sudah lama tidak melakukan hubungan seks untuk mendekati mangsa.
Mangsa akhirnya dirogol kerana tidak mampu melawan suspek yang jauh lebih muda dan kuat tubuh badannya.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, semalam.
“Mangsa tidak cedera dan sudah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Kota Kinabalu, Likas untuk pemeriksaan lanjut.
“Usaha mengesan suspek sedang dilakukan. Kes siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” kata Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim. - CARI |