Belum reda lagi kontroversi yang melibatkan Da'i Farhan.
Pendakwah ini mungkin berdepan hukuman denda di atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Kredit foto: Astro Gempak
Bukan itu sahaja, Farhan juga menceraikan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah.
Segala mengenainya telah dinyatakan menerusi kenyataan media daripada rakan baik bekas isteri Farhan, iatu Ches Al Malik.
Kredit foto: IG
"Nik Farhan mengamalkan poligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.
"erbuatan menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.
"Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya seperti dipetik dari Gempak.
Tindakan sebegitu yang dilakukan seorang pendakwah secara tidak langsung menyebabkan undang-undang Islam dipandang hina.
Tak cukup dengan itu, temu bual eksklusif Farhan bersama sebuah portal hiburan baru-baru ini juga disifatkan sebagai menghina agama dan undang-undang Islam.
Kita tunggu sahaja keputusannya sama-sama nanti. - CARI
|