Kelmarin kecoh apabila video lucah yang dikatakan mirip pelakon Zul Ariffin itu berterbangan di sekitar media sosial. Walaupun hanya berdurasi pendek tetapi ada yang siap buat bisnes menjual video penuh dengan harga mencecah RM700! Wow!
Selepas insiden tersebut, nampaknya pelakon lelaki terkenal itu telah menutup akaun Instagramnya. Mungkin penat melayan karenah peminat yang menyerbunya mengenai perihal video itu.
Kredit foto: Blog
Pun begitu, kelab peminat Zul sendiri telah tampil dan menjelaskan bahawa dia bukannya menutup akaun Instagramnya kerana insiden panas itu.
Tetapi sebaliknya kerana hanya ingin berehat seketika daripada menggunakan laman media sosial.
Kredit foto: mStar Online
Mereka juga menambah, sekiranya ingin berhubung dengan Zul Ariffin, diminta untuk menghubungi terus pengurusnya.
Walaupun sudah diberi penjelasan oleh pihak kelab peminat pelakon itu, tetapi ramai netizen menebak bahawa Zul sebenarnya membuat keputusan untuk menutup akaun media sosial kerana video lucahnya sudah tersebar di serata tempat.
Kredit foto: Blog
Pun begitu, tak pastilah sama ada video itu benar kepunyaannya atau pun disunting oleh orang lain yang mempunyai niat jahat.
Macam-macam! -CARI |