Teka-teki mengenai status hubungan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena Munim akhirnya terjawab apabila mereka berdua mengakui sudah bertunang pada 23 November yang lalu.
Berita itu telah diumumkan oleh Isa sendiri ketika majlis Malam Romantik Ris X Isa yang telah diadakan di Bora Ombak, Putrajaya, baru-baru ini.
Kredit foto: Astro Gempak
Jelasnya lagi, mereka berdua telah bertunang di Bali, Indonesia setelah 5 bulan mengenal hati budi masing-masing.
Majlis tersebut juga turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuklah artis gosip terkini, adik kepada Risteena, Ruhainies.
Majlis pengumuman itu turut menyambut sambutan hari kelahiran yang ke-30 Risteena pada 19 November yang lalu.
"Walaupun ramai yang cuba racun fikiran awak dengan mengatakan saya bukan orang yang baik namun awak tetap terima diri saya."
"Malam ini di hadapan semua tetamu, saya janji akan menjaga awak dengan peuh kasih sayang. Terima kasih Nur Risteena Munim Zainul Ilyas kerana menerima saya dalam hidup awak," Katanya kepada Media Hiburan yang hadir dalam majlis tersebut.
Pasangan itu dikatakan mula menjalin cinta ketika sama-sama terlibat dalam menjayakan drama 'Bulan Jatuh ke Langit' yang disiarkan stesen tv RTM pada Mei lalu.
Risteena yang sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Ikhwan Khairuddin dan dijadualkan untuk berkahwin pada November lalu. Namun, tiada jodoh, hubungan Ikhwan dan Risteena putus di tengah jalan setelah 7 tahun mengenal hati budi masing-masing.
Buat Risteena dan Isa, semoga tabah menghadapi cabaran bertunang dan cepat kahwin ya! - CARI