Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), Azmeer menyifatkan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan sebagai power final.
Ia berdasarkan pemilihan 12 lagu yang layak ke AJL selepas 30 lagu dipertandingkan pada tiga peringkat separuh akhir.
Kredit foto: Instagram TV3
Sukar Memilih Lagu
Bercakap mengenai pemilihan lagu, Azmeer akui begitu sukar untuk memilih lagu-lagu kali ini sehingga muncul perdebatan dikalangan juri sebelum akhirnya kesemua mereka bersetuju dengan lagu yang dipilih.
"Kalau ikutkan saya sebenarnya merayu supaya produksi tambah lagi satu lagu supaya menjadi 13. Kalau ikutkan ada 20 lagu baik. Namun, kami hanya dibenarkan memilih 12," katanya memetik laporan Harian Metro.
Kredit Foto - Harian Metro
Azmeer, menjelaskan pemilihan empat kumpulan ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) adalah berdasarkan kekuatan lagu masing-masing serta persembahan, lagu, lirik dan nyanyian.
"Muzik Masdo berbeza - Membawakan muzik lama, Masdo kreatif menyuntik nafas baharu dalam melodi, sekali gus membezakan lagu mereka dengan pesaing lain" ujarnya sepeti yang dilaporkan Berita Harian.
Kredit foto: Harian Metro
Netizen tidak berpuas hati dengan 12 buah lagu yang berjaya mara ke final AJL34
Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Begitulah kecaman dan komen rasa tidak puas hati yang diberikan oleh para netizen di media sosial mengenai 12 buah lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
Kredit foto: FB Harian Metro
Kredit foto: Instagram TV3
Sebagai info, selain Azmeer yang bertindak sebagai ketua juri, SFMM34 turut diadili barisan juri professional terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Datuk Syafinaz Selamat, Ajai, Aznul Haidi dan Edrie Hashim.
Sabarlah netizen, keputusan sudah muktamad. Mungkin pada kali ini juri ingin membuat kelainan memecah tradisi memberi peluang setiap genre lagu turut mara ke peringkat akhir.
Kita tunggu sajalah siapa juara AJL34 kelak. - CARI |