"Allah akbar... apa nak jadi ni!"
Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyuarakan rasa terkejut dan terkilan dengan isu peragaan separuh bogel sempena Tattoo Malaysia Expo 2019.
Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi sudah mengarahkan tindakan sewajarnya diambil ke atas penganjur majlis berkenaan.
Kredit foto: Twitter
"Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
"Kami akan menanti laporan penuh siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan," katanya.
Kredit foto: Twitter
Berikutan itu, rata-rata warganet menggesa Tunku Azizah supaya 'campur tangan' dan memberi teguran terhadap kerajaan supaya perkara sebegini dapat dibendung. - CARI |