CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8367|Reply: 41

"Kalau Nak Elok Beli Barulah"- Sedekah 'Sampah', Perangai Bodoh Zaman

[Copy link]
Post time 27-11-2019 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: The Vocket





Semalam, tular status pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nuna Harris Jr. berkenaan barang sumbangan yang diberikan orang awam kepada pelajar susah.


Menurut Nuna yang juga seorang sukarelawan, seorang penderma telah menghubunginya untuk menyumbangkan komputer riba terpakai kepada pelajar susah. Setelah berbincang, mereka bersetuju agar komputer riba tersebut dipos dengan syarat dibungkus dengan kemas agar ia dapat tiba dengan selamat.







Namun, setelah Nuna membayar kos pos berjumlah RM80, didapati komputer riba tersebut tidak boleh dipakai langsung. Perkara itu dibawa kepada pengirim, tetapi jawapan yang diterima amat mengecewakan.


Si pemberi menyatakan komputer riba tersebut sememangnya sudah rosak dan tidak digunakan selama 5-6 tahun, lalu terfikir untuk diberikan kepada orang susah yang memerlukan.



Lebih menyedihkan apabila si pemberi menyatakan yang dia tidak perlu memeriksa keadaan komputer tersebut sekiranya berniat untuk sedekah dan dia sendiri akan memakai komputer riba itu sekiranya ia masih dalam keadaan elok.





Kredit foto: FB/Nuna Harris Jr.





Terkilan dengan jawapan itu, Nuna meluahkan kekecewaannya terhadap mereka yang suka menyedekahkan 'sampah' kepada orang susah.


"Saya tak tahu kenapa mereka suka 'sedekah' sampah. Sampah adalah untuk dibuang. Kita tak suka sampah, kita jangan bagi kat orang sampah. Dan orang susah bukan tempat untuk buang sampah."


Rata-rata warganet bersetuju dan mengecam tindakan si pemberi yang jelas tidak ikhlas dalam memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan.


Walaupun kenyataan Nuna dilihat berasas, namun ada juga segelintir netizen yang kurang senang dengan pendiriannya dan menyalahkan orang sepertinya menjadi penyebab kepada orang ramai enggan bersedekah.





Kredit foto: FB/Nuna Harris Jr.




Perbuatan menyumbang barangan rosak kepada orang yang tidak berkemampuan terang-terangan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka yang melakukan ini perlu belajar pendidikan sivik kerana masih belum boleh bezakan antara sedekah dan buang sampah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat mcm mne... keikhlasan mase nak bg laptop tu xde gamaknye.. sbb care jawab pon mcm hampeh.. klw masih elok baik dia je yg gune... ni kisah xnk buang tp jual cara halus kat org ke mcm mne....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
baik kau tak payah sadaqoh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:08 AM | Show all posts
bodoh punya orang
mesti jenis bahalol yg main sedekah je kt penipu2
pastu alasan tu antara penipu dgn tuhan
janji dia dapat pahala
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni rasa sedekah tu hanya dump site. Tempat buang barang2 yg dia dah xnk
Baju buruk, kasut buruk, beg buruk
Tgk aje dlm family sendiri pun ada yg mcm tu.
Baju2 lama yg dah buruk, tp syg nk buang kt tong sampah, dia letak dlm tong collection utk derma tu. Dah la baju2 tu bertahun2 x pernah buka tgk dok dlm plastik pakej bau hapak, so nmpk sgt dia buat tong tu sebagai tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:14 AM | Show all posts
gila tak ikhlas. ni jenis orang yang asal boleh je, tak pikir sama ada amal dia tu diterima atau tak kelak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bukan pk ttg kebajikan orang. Ni jenis asal aku da bagi, ambil je la dan jgn banyak citer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
eh pelik plak sedekah barang dah rosak. barang 'xberguna' bg dia xleh guna sbb rosak. biasanya org sedekah barang 'xberguna' sbb mmg tanak guna dah barang tu even bnda tu masih elok. xpe la one day hrap pemberi sedekah tu xjd penerima/peminta sedekah la ye.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 11:23 AM | Show all posts
pelik nya
ada ke sedekah barang yg da rosak
nk buat apa
dia ingat org susah tmpt pelupusan sampah ker
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jenis pemikiran la dia ni..org kalu nak sedekah bg hak elok la tongong
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:32 AM | Show all posts
last pakai dah rosak..confirm lah barang tu rosak....
asal bagi ja konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahla orang tu yang tanggung kos pos, ko selamba je jawab macam tu. Kalu hati tu hitam sangat toksah tunjuk baik konon nak bersedekah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 11:46 AM | Show all posts
sedekah ni sebenarnya bukanlah memberikan sisa2 kita...  sedekah ni kita dah asing2kan awal2 rezeki yang kita dapat untuk diberikan pada yang memerlukan...  ramai yang selalu anggap sedekah ni bagi sisa2, baki2, barang yang dah tak pakai, etc...  kalau elok lagi barang tu, boleh la consider jugak...

teringat masa kes banjir, bila orang minta derma pakaian terpakai...  siap ada yang selamba letak baju2 seluar spender dah rabak2 dalam bekas tu...  bodoh piang pekat melampau betul...


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila org x reti beza antara sedekah dan buang sampah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada org mcm ni..
Tak faham konsep sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:05 PM | Show all posts
nak sedekah kat org mst lah brg tu bole dipakai semula
dan bukan koyak rosak ke apa..baik buang trs jer..dah sendiri
pakai last pun rosak..dah kenapa tak buang saja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lg rengse dgn jenis anak2 yg bg barang yg dh x pakai kat rumah parents deols.. konon nk bg barang tp masalahnya deols nk bg pon sbb nk beli yg baru.. apoo?? Sedangkan deols sendiri pon nk pakai yg baru. Abis dia ingat org tua x teringin nk pakai yg baru???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:36 PM | Show all posts
dah sesat maksud sedekah ni.

Sedekah & sampah pun x leh beza.
Kalau rosak dah x leh guna tu sampah namanya. Ko pi buat sedekah buat apa? Logik pakai di kaki weyyy dia ni.. hangin plak aku.. kalau dah guna bertahun, masih boleh dipakai walaupun lama, bleh lah buat sedekah.. boleh manfaat plak kat orang yang ko sedekahkan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:39 PM | Show all posts
Dah tahu barang tu rosak buat apa nak sedekahkah.  Kalau niat betul nak sedekah kena bagi barang yang masih elok keadaannya bukan bagi yang dah rosak sebab sayang nak buangnya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 12:57 PM | Show all posts
Salah konsep ni.....patut pergi cari tempat pelupusan smpah..bkn sukarelawan. adoii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.140974 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list