Kisah anjing liar menyerang manusia sememangnya acap kali dipaparkan media masa. Terbaharu kanak-kanak berusia enam tahun cedera parah setelah digigit anjing liar. Ianya boleh dilihat menerusi CCTV di sekolah tersebut.
Mohd Adib Asyraf yang mengalami luka teruk di bahagian tengkuk, telinga, lengan, ketiak dan celah paha bukanlah mangsa pertama serangan anjing itu tetapi ramai juga pelajar sekolah termasuk guru menjadi mangsa.
fb
Seorang guru di sekolah itu, Nurzuliana Zakaria menjelaskan yang bukannya Adib mengacah anjing seperti yang diperkatakan segelintir warganet, tetapi anjing itu yang bermasalah, membawa kumpulannya menyerang manusia.
"Kalau tengok CCTV, dia sampai jam 2.10 petang. Dia tunggu depan kelas dan waktu itu memang semua kelas berkunci. Laluan dalam video tu memang laluan haiwan tu. Ramai yang pernah dikejar, termasuk guru sendiri," katanya seperti dipetik Twitter.
Malahan, kes paling baru berlaku di Ranau, Sabah di mana seorang murid perempuan berusia tujuh tahun turut diserang anjing liar.
Twitter
Ianya membawa kepada permasalahan pihak berwajib yang sukar melaksanakan tugas kerana diganggu oleh pihak tertentu. Mereka diganggu dengan alasan perikemanusiaan pada binatang yang tiada tempat berteduh.
Namun, ia mendapat kecaman dari warganet yang beranggapan jika betul pencinta haiwan, ambil tanggungjawab menjaganya bukan melepasnya begitu sahaja.
Begitulah, masalah anjing liar perlulah ditangani dengan tegas oleh pihak berwajib. Undang-undang sudah ada, jadi perlu penguatkuasaan pula. Harapnya, masalah ini dapat ditangani secepat mungkim demi masa depan generasi kita.- CARI
|