Lim Guan Eng. Kredit foto: Carian Google
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS sentiasa menabur fitnah dan pembohongan bagi menjayakan matlamat mereka menjadi 'kerajaan pintu belakang'.
Memetik laporan Sinar Harian, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menuduh mereka berbuat demikian kerana mahu mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat dan ingin melihat DAP diharamkan.
"Bila kita cakap ini fitnah pembohongan, mereka diam, teruskan fitnah juga.
"Inilah standard yang diamalkan di mana mereka nak timbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia, memecahbelahkan negara supaya mereka boleh jadi kerajaan pintu belakang.
"Mereka main perkauman, bahaya. Pemimpin ini pernah keluarkan kenyataan teruk, orang bukan Islam tak boleh jadi menteri, sekolah Cina Tamil hendak tutup dan lagi boikot produk bukan Islam," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor pada 10 November.
Lim Guan Eng ketika menghadiri Konvensyen DAP Selangor. Kredit foto: Facebook
Guan Eng juga percaya sentimen perkauman yang ekstremis dimainkan oleh pembangkang itu amat berbahaya kepada kepada perpaduan negara.
Malah, katanya, MCA kini terikut-ikut dengan rentak PAS dan UMNO dan turut membangkitkan isu-isu yang sama.
Seperti yang didakwa beliau, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan UMNO pernah membuat kenyataan kononnya pemimpin bukan Islam tidak boleh menjadi menteri Kabinet serta mempersoalkan keputusan mahkamah sekiranya tidak memihak kepada kaum tertentu.
"Siapa yang cakap bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekarang proses sijil halal, Jakim sekarang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, di bawah Lim Guan Eng?" soalnya.
Lim Guan Eng turut mengaitkan pemimpin UMNO dan Pas dengan Kempen Beli Produk Muslim. Kredit foto: Facebook
Mungkin Guan Eng terlupa bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga pernah mengamalkan politik kebencian semasa mereka bergelar pembangkang dahulu. - CARI |