CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3238|Reply: 9

Gagal Capai Pendamaian, Sharnazz Dan Nabila Jalani Proses Hakam Timbang Tara

[Copy link]
Post time 7-11-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Nampaknya, konflik antara Nabila dan Sharnaaz makin berlarutan setelah mereka berdua gagal mencapai penyelesaian setelah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamaian (JKP).



Mengimbas kembali, isteri kepada pelakon Sharnaaz telah memfailkan cerai terhadap suaminya dengan alasan tidak lagi mencapai kata persefahaman dalam rumah tangga mereka.



Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini dilaporkan tidak lagi menjumpai jalan penyelesaian dan akan dirujuk ke peringkat seterusnya iaitu proses timbang tara hakim.









Menurut laporan Mstar, kes penceraian pasangan ini telah gagal mencapai kata sepakat melalui Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).



Susulan itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan tarikh 4 Disember ini sebagai tarikh untuk mereka berdua melantik wakil dalam proses hakam tersebut.



Mengenai isu hakam, pihak mahkamah akan melantik wakil bagi kedua pihak termasuklah ahli keluarga atau saudara mara terdekat yang mempunyai maklumat dan info berhubung dengan kes penceraian ini. Oleh itu, Sharnaaz telah melantik kakaknya iaitu Dr Sherrini sebagai wakil manakala Nabila telah melantik  ayah tirinya sendiri iaitu Abdul Halim Khan.



Tidak halang untuk tunaikan tanggungjawab sebagai bapa



Ketika ditemui, Sharnaaz memberitahu media bahawa proses tersebut tidak menghalang dirinya untuk bertemu dengan anak sulung mereka, Jebat Jayden.








Menurut peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan proses hakam ini adalah jalan terbaik untuk pasangan yang tidak menjumpai jalan penyelesaian supaya masing-masing dapat hidup aman tanpa sebarang masalah," jelasnya lanjut.- CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 11:29 AM | Show all posts
Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...
Nanaz kena tegas la sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
"Benda ni kene 2 org baru boleh dpt anak, sorang tak dpt brader"
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:00 PM | Show all posts
Thread dah ada toksahlah buat rajin bukak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:35 PM | Show all posts
kibodwatriuh replied at 7-11-2019 01:00 PM
Thread dah ada toksahlah buat rajin bukak lagi.

gitulah...spmi bulan 12 kena tgk benang sama berulang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2019 04:59 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 7-11-2019 01:34 PM
@bawangkecik, please take note

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1180177

Kami part time writer, segala benda artikel admin yang approve
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bawangkecik replied at 7-11-2019 04:59 PM
Kami part time writer, segala benda artikel admin yang approve

Part time writer pun takkan xblh wat research dulu tgk thread dah buka ker idok????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 05:40 PM | Show all posts
dah orang tak mahu nak wat pe di tahan2 kan.........redha jelah bang nanasss
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2019 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mleeen82: Nabila ni keras hati sikit…. lgi2 dh dok ngan Family...Nanaz kena tegas la sikit...



Byk campur tangan keluarga ppuan- tu yg lembik Nanaz dibuatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.731902 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list