Ibu bapa semakin bimbang dengan gejala ketagihan telefon pintar dan gajet dalam kalangan anak-anak meeka (gambar hiasan). Kredit foto: CPYU
Masalah ketagihan telefon pintar atau gajet dalam kalangan kanak-kanak sering menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa kerana ia mengalihkan tumpuan anak-anak daripada pelajaran.
Datuk Bandar Bandung, Oded M. Danial mempunyai jalan penyelesaian tersendiri iaitu dengan memberi seekor anak ayam kepada setiap pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Memetik laporan Kumparan, setiap pelajar sekolah di sekitar Bandung akan diminta memelihara anak ayam kampung dan sebelum itu, mereka diberi latihan terlebih dahulu.
Oded M. Danial. Kredit foto: Kumparan
Oded percaya aktiviti itu mampu mengurangkan masa anak-anak bermain gajet dan pada masa sama memupuk semangat keusahawanan serta sifat menyayangi haiwan.
Lebih menarik lagi, beliau berjanji akan memberi hadiah basikal kepada pelajar yang berjaya memelihara ayamnya dengan baik.
"Nanti kita timbang ayam itu dan yang paling besar akan saya hadiahkan basikal," jelasnya.
Mampukah anak ayam mengubati masalah ketagihan telefon pintar? Kredit foto: Carian Google
Buat permulaan, Oded merancang untuk melaksanakan program itu dengan 20 hingga 30 pelajar di 30 daerah dahulu sebelum diperluaskan ke seluruh Bandung.
Menarik juga cadangan ini dan mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia bagi menangani masalah ketagihan telefon pintar bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah orang dewasa. - CARI |