CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3121|Reply: 19

Umpama Filem Hindustan! 'Profesor' Ini Sanggup Bunuh Suami, Keluarga Demi Harta

[Copy link]
Post time 31-10-2019 11:00 AM | Show all posts |Read mode

Mangsa yang terdiri daripada enam sekeluarga (kiri). Gambar Jolly Joseph yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan keluarga itu (kanan). Kredit foto: The News Minute





Seorang balu yang bergelar profesor juga menjadi tonggak utama komunitinya ini dipandang tinggi oleh jiran tetangga.


Beliau juga rajin mengunjungi gereja dan dilihat sebagai seorang yang alim walaupun sering diuji dengan pelbagai tragedi.


Namun, beliau kini dilabel sebagai pembunuh bersiri India yang licik dan paling dikehendaki. Berbekalkan racun sianida sebagai senjata utamanya, Jolly Joseph membunuh mangsanya melalui sup, makanan ringan dan minuman ayurveda.


Memetik The News Minute, pihak berkuasa menyatakan yang Jolly telah mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan enam sekeluarga dalam tempoh 14 tahun termasuk suami, ibu bapa mentua dan anak buahnya berusia 2 tahun.


Motif pembunuhan adalah untuk mendapatkan harta pusaka dan lain-lain aset yang dimiliki oleh keluarga suaminya.   


Dahulunya, dia digelar sebagai 'Cikgu Jolly' oleh jiran-jiran dan dia sendiri menggunakan gelaran 'profesor'nya dengan bangga selama 17 tahun berada di Institut Teknologi Kebangsaan di Calicut, dengan membawa moto institut berkenaan, 'dari kegelapan, membawa kami kepada cahaya'.


Terbaru, polis mendakwa identitinya itu adalah palsu semata-mata dan dia tidak pernah bekerja di universiti terbabit.


Jolly dikatakan berpindah ke rumah ibu bapa Roy Thomas di Koodathayai, sejurus selepas mereka berkahwin pada tahun 1997. Lima tahun selepas itu, ibu mentuanya, Annamma Thomas yang bertanggungjawab menguruskan kewangan keluarga meninggal dunia.


Pihak penyiasat mendapati Annama mati selepas menghirup sup kambing yang dibuat Jolly, namun tiada tuduhan ditimbulkan. Joseph kemudian mengambil alih urusan keluarga tersebut, menggantikan mendiang ibu mentuanya.





Rumah keluarga yang menjadi rebutan. Kredit foto: The New York Times





Isu perebutan harta mula timbul, dengan Jolly mengarahkan rumah keluarga itu diwariskan kepada dirinya dan suami. Pada 2008, bapa mentua Joseph, Tom Thomas pula meninggal dunia selepas memakan makanan ringan.


Jolly dikatakan menemui tubuhnya yang longlai di atas lantai. Sejurus itu, muncul pula satu wasiat yang menamakan Roy Thomas sebagai satu-satunya pewaris harta bapanya, namun wasiat tersebut tidak mempunyai sebarang tarikh, lalu dianggap tidak sah.


Apabila Roy Thomas meninggal secara mengejut pada 2011 selepas muntah-muntah di dalam tandas berkunci, Jolly memberitahu orang ramai bahawa kematian suaminya itu disebabkan serangan jantung.


Setahun kemudian, wasiat kedua dari Tom Thomas pula muncul menamakan Roy dan Jolly Joseph sebagai pewaris utama. Ia ditandatangani seorang saksi yang langsung tidak dikenali ahli keluarga mereka. Setelah Roy meninggal, wanita itu merupakan satu-satunya pewaris kesemua harta keluarga terbabit.


Pakcik Roy, Mathew Manchadiyil berasa musykil, lalu memohon agar autopsi dilakukan. Keputusan autopsi mendapati kesemua kematian disebabkan keracunan sianida, namun Jolly tidak berkongsi laporan ini dengan ahli keluarga lain.


Dengan linangan air mata, dia memberitahu keluarga yang Roy mati akibat bunuh diri dengan meminum sianida kerana ketagihan alkohol akibat tekanan kewangan.


Manchadiyil yang giat berusaha menyiasat kematian keluarga Thomas dan wasiat-wasiat yang muncul, akhirnya ditemui mati pada 2014 tanpa sebarang penyebab kematian yang kukuh. Sekali lagi, Jolly yang menemui tubuh si mati.


Mangsa seterusnya merupakan isteri dan anak Shaju Zacharias, sepupu mendiang suaminya.
Setahun selepas kematian isterinya, Zacharias mengahwini Jolly. Segala syak wasangka Renji dan abangnya Rojo, terhadap Jolly semakin memuncak selepas perkahwinan tersebut apabila prebutan harta di antara Jolly dan adik-beradik suami pertamanya masih berterusan.
Pada Januari, Renji memfailkan tuntutan mahkamah untuk mencabar pemilikan sebidang tanah dan melalui tuntutan itu, beliau mendapati laporan autopsi kematian abangnya mendedahkan satu kesilapan yang menjerat Jolly.
Wanita itu mendakwa Roy meninggal dunia akibat sakit jantung ketika dia sedang memasak makan malam. Maklumatnya dikatakan tidak selari dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan Roy meninggal dalam keadaan perut kosong, sekali gus bertentangan dengan keputusan autopsi yang menyatakan bahawa suaminya itu telah meninggal beberapa minit selepas memakan hidangan kari yang dimasak Jolly.
Renji dan abangnya membuat keputusan untuk membuat laporan polis beberapa bulan kemudian yang membawa kepada penangkapan Jolly.



Renji dan Rojo ketia ditemubual oleh media. Kredit foto: Times Now News




Apabila ditanya, tentang apa yang akan dikatakan kepada Jolly sekiranya mereka bertemu lagi, Renji berkata, "Terima kasih kerana tidak membunuh anak-anak kamu, kerana kini mereka adalah anak-anak saya, dan sekarang saya ada lima anak.


"aling tidak, saya dapat selamatkan mereka yang juga darah daging saya," katanya.


Fuh, macam adegan drama Bollywood. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 11:09 AM | Show all posts
mmg betul2 cerita tamil yenadeiiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:14 AM | Show all posts
penyakit wahan ni, cinta dunia sgt, smpai bunuh bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati Tak payah tinggalkan harta...wasiatkan derma pada Rumah jagaan warga emas je...lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya. rajin g gereja mintak doa mohon ampun ke ape tiap kli bunuh org. lena ke tido ek kje bnuh org je. tiap kli sblum tido pk next victim & cra nk bnuh agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:44 AM | Show all posts
aku terbayang isu ceo cradle fund
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Blh tahan jgk rupa paras cikgu jolly tu..mcm madhuri dixit zmn muda2 dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:26 PM | Show all posts
Mmg drama tamil padu punya, dah buat post mortem kunun dah terang2 kena racun bole plak spital dendiam kan je, yg tukang report pun dendiam tak g tanye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 12:32 PM | Show all posts
Jenis mental je yang sanggup berbuat macam tu.  Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan penampilan luarannya saja perangai sebenar ramai  yang tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:51 PM | Show all posts
nasib baik ade yg bijak.. kalau tak senang la jolly berjoli ngan harta2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu mekap jelita tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:08 PM | Show all posts
jolly by day, killer by night
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh.. Mcm kes2 yg selalu aku tgk kat Deadly women
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MissLana replied at 31-10-2019 11:09 AM
mmg betul2 cerita tamil yenadeiiii


Diaorg ni bangsa malayalee kat kerala
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:50 PM | Show all posts
fuhh dasyat cerita ni..bila tamakkan harta bunuh suami pun sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama hindustan betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2019 02:22 AM | Show all posts
Tk sabar nk tgk movie ni..jln crta yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat perempuan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang gila.
Dalam kes ni gila harta
Buat apa pun sanggup
Do you feel jolly now acik Jolly?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2019 08:27 AM | Show all posts
kerana harta jadi zalim mcm ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.219324 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list