Beberapa bulan lepas, kemelut dalaman di antara Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila mendapat perhatian para peminat apabila rumah tangga mereka dikatakan berada dalam masalah. Namun begitu, Sharnaaz telah memfailkan nusyuz terhadap Nabila.
Sumber Gambar: Awani
Rentetan daripada kes ini, baru-baru ini Neelofa seolah-olah memerli Sharnaaz Ahmad di siaran langsung Meletop, semasa segmen Gosip Meletop disiarkan. Segmen tersebut menyiarkan berkenaan video lakonan Sharnaaz yang tular di Twitter akibat 'lari konti'.
Sumber Gambar: Rojak Daily
Neelofa memberi komen terhadap segmen tersebut dalam nada yang seolah-olah memerli Sharnaaz sehingga ditegur oleh Nabil Ahmad.
"Jangan benci sangat"
"Obvious sangat eh"
Isu ini mendapat perhatian warganet yang beranggapan Neelofa bersikap tidak professional, sedangkan sewaktu itu Meletop sedang bersiaran langsung.
Semoga kemelut dalam di antara Sharnaaz dan keluarga Nabila dapat diselesaikan. Buat korang dekat luar sana tu, ayuh kurangkan bergosip! - CARI |