Susulan beberapa status menggambarkan dirinya menjadi mangsa sihir, Remy memaklumkan dia kini sedang mendapatkan rawatan perubatan Islam dan moden bagi memulihkan semula keadaan tubuhnya.
Kredit Foto - Remy sibuk dengan promosi produk Origina di samping proses pemulihan dirinya
"Energi negatif itu sangat lain, dia bawa saya ke arah luar kemampuan saya, dah cuba kawal tapi tak boleh. Cumanya sekarang ini, saya okay Alhamdulillah," kata Remy Ishak.
Remy yang turut mendapatkan rawatan moden memberitahu dia diminta doktor supaya tidak terlalu berfikir mengenai perkara itu kerana bimbang ia akan mendorong ke arah tindakan luar kawalan.
Kredit Foto - Instagram Remy
Sepanjang tempoh pemulihan, Remy akan mengambil cuti sehingga penghujung tahun ini untuk menenangkan fikiran dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta seperti yang dilaporkan oleh portal mStar.
Tambah Remy, kesihatan dirinya lebih menjadi keutamaan berbanding tawaran-tawaran berlakon yang terpaksa ditolak sepanjang tempoh berehat.
"Saya ambil keputusan untuk berehat dulu dan habiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Sekarang ini pun sibuk dengan promosi produk Origina dan Insya-Allah selepas rehat ini saya akan teruskan dengan beberapa projek lakonan.
" Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan untuk saya," ujarnya memetik laporan dari mStar.
Semoga urusan Remy memulihkan diri dipermudahkan.- CARI |