Foto sekadar hiasan
Bila badan letih seharian bekerja mahupun penuh dengan aktiviti, pastinya dapat berehat di kerusi urut agak melegakan.
Mungkin disebabkan itu, kerusi urut sering dilihat ada di dalam pusat membeli-belah. Penat berjalan, boleh rehat seketika sambil berurut.
Selesa dan menyegarkan bila dapat berurut di kerusi yang disediakan ini. Lepas puas berehat bolehlah sambung membeli-belah.
Foto sekadar hiasan
Namun, berbeza pula situasinya dengan seorang lelaki ini yang terlena di atas kerusi urut sehinggakan tidak menyedari kedai sudah ditutup.
Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut meminta bantuan melalui Twitter dengan memberitahu situasinya.
Menerusi Twitternya, lelaki itu menunjukkan gambar keadaan pusat membeli-belah yang sudah ditutup pintu dan semua lampunya.
Gambar yang dimuat naik lelaki ini melalui laman Twitter miliknya
Bagaimanapun, tidak lama kemudian dia menulis dirinya telah selamat keluar dari kedai tersebut selepas membunyikan penggera sebagai isyarat kepada polis. Pihak polis kemudiannya memaklumkan kepada pengurus kedai tersebut mengenai kejadian ini dan mengesahkan lelaki itu bukan pencuri.
Siapa sangka sedap sangat berehat, sampai terperangkap dalam kedai. Alahai, kesian! - CARI |