Susulan kes pembunuhan kejam seorang wanita dan anak lelakinya yang dikerat lapan di Batu Berendam baru-baru ini, akhirnya lelaki warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, dia dituduh atas dua kesalahan iaitu membunuh isteri dan anak tiri yang mayatnya ditemui berselerakan selepas dikerat-kerat di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu.
Kredit foto: Bernama
Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31 difahamkan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Pun begitu, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3012 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.
Kredit foto: Harian Metro
Terdahulu, jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad tengah malam Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam Bertam-Malim. - CARI |