CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1321|Reply: 2

[Tempatan] Adik Syed Saddiq Berang Dikecam Radikal Akibat Menyokong Uighur

[Copy link]
Post time 20-10-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tak boleh ke korang sokong rakyat Malaysia....gigeh nak sokong Moro, sokong Aceh, sokong Palestine, Sokong Rohinya, sokong LTTE, sokong Uighur. Sokong Malaysia sudah lah....fefeeling internasyenel korang ni...dah la semua benda nak beli sampai bankrup, rumah pulak' jadi hoarder punya rumah.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berang dengan penulis Hew Kuan Yew yang menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan nasib Uyghurs di China sebagai radikal

"Dia memang “Super Stupid Superman... Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”

"Kalau ini bukan rasisme, saya tidak tahu apa," kata Syed Saddiq pada hantaran Twitter hari ini.


Syed Saddiq

@SyedSaddiq
Saya akan ulang pendirian saya pada tahun 2016.

Dia memang “Super Stupid Superman”.

Dahulu( 2016), kata South China SEA milik China,
Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”. If this is not racism, i don’t know what is

Menjijikkan.

View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
3,930
6:55 PM - Oct 19, 2019
Twitter Ads info and privacy
4,194 people are talking about this
Hantaran menteri turut menyertakan petikan daripada komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' yang menyentuh mengenai radikalisme Islam.

Ia berbunyi: "Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.

"Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uighur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan keharmonian masyarakat."

Buku komik BRI menjadi sorotan selepas bekas perdana menteri Najib Razak mengadu buku itu diedarkan di sekolah-sekolah, yang membawa kepada larangannya daripada Kementerian Pelajaran.

Hew telah mempertahankan buku komik karangannya itu berkata ia bertujuan mempromosikan pemahaman yang lebih baik tentang projek BRI China.

Kerajaan China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uighur di "kem pendidikan semula" yang didakwa perlu dilakukan demi memerangi ekstremisme Islam.

Layanan terhadap etnik Uighurs telah dikritik ramai pihak di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Malaysia lebih banyak berdiam diri mengenai layanan China terhadap Uighurs.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan hal tersebut kerana China adalah sebuah negara yang kuat, selain rakan perdagangan terbesar Malaysia.

Pada masa ini, kerajaan terikat kepada Beijing melalui projek-projek era BN seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur yang dirundingkan semula PH selepas berkuasa.

Putrajaya juga masih berunding dengan China untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan projek saluran paip Multi-Produk (MPP) dan Paip Gas Rentas-Sabah (TSGP).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak hampalaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Brambos largh jgn kacau negeri Pahang makkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.249517 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list