"Kehidupan selebriti diakui stres dan depres jika terlalu ikut apa orang luar mahukan."
Itu kata-kata azimat selebriti jelita, Scha Alyahya, 36 mengenai kehidupan selebriti yang memerlukan kekuatan mental di era media sosial ini.
Bagi Scha sendiri, mereka yang bergelar 'public figure' tidak perlu terlalu risau dengan pendapat warganet yang hanya melukakan perasaan sahaja seperti dipetik portal Mstar.
"Kekuatan mental itu sangat penting. Kena tahu siapa diri kita dan jangan terlalu risau dengan apa yang orang cakap fasal kita."
Kredit foto: IG
Scha menambah tidak salah jika segelintir selebriti menjadikan media sosial sebagai medium meluahkan perasaan. Akan tetapi janganlah pula sampai merosakkan diri sendiri.
Maklumlah dengan adanya video live, ada yang yang ingin berkongsi perasaan atau rasa sunyi.
"Orang sebegini mahu rintihan mereka didengari sehingga mereka nampak seperti memberontak dan kaki drama. Saya rasa takda masalah, asalkan ianya tidak menyakitkan diri mereka sendiri."
Kredit foto:ig
Sebagai bekas Dewi Remaja, pelakon, hos dan kini duta kepada jenama antarabangsa, ternyata Scha bijak mengendalikan popularitinya.
Jarang mendengar Scha merungut di media sosial dan mereka sekeluarga tampak elegan di mata masyarakat. Jadi, kepada yang baru bergelar artis, pandai-pandailah membawa diri ya. Kalau tak, tak lama lah anda di industri hiburan ini. - CARI |