Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah nasib yang menimpa seorang wanita yang dikenali sebagai Cik A.
Awal tahun ini, Cik A yang juga mangsa rogol, telah bertemu seorang pakar psikiatri tempatan, Dr Gurdeep Grewal bagi mendapatkan nasihat.
Malang bagi Cik A apabila doktor yang bekerja di sebuah hospital di Petaling Jaya itu pula membuat gangguan seksual terhadapnya.
Netizen rata-rata terkejut apabila seorang profesional seperti Dr Gurdeep sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu, apatah lagi terhadap seorang mangsa rogol!
Bukti perbualan mangsa dengan tertuduh melalui Whatsapp
Bukti perbualan mangsa dengan tertuduh melalui Whatsapp
Bukti perbualan mangsa dengan tertuduh melalui Whatsapp
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis terhadap doktor tersebut beserta bahan bukti perbualan mereka melalui aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan perbualan lucah dibuat doktor itu.
Salinan laporan polis mangsa terhadap Dr Gurdeep
Salinan laporan polis mangsa terhadap Dr Gurdeep
Walaupun doktor terbabit telah dipecat dan terdapat bukti kukuh, namun pihak polis telah menutup kes ini dengan alasan 'kekurangan bukti'.
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) juga masih belum mencapai sebarang kata putus berkenaan kes ini.
"Kini, saya diselubungi rasa takut, resah dan rasa dikhianati oleh sistem keadilan selain mengalami kecelaruan stres pasca-trauma yang dahsyat akibat kejadian itu.
"Saya cuba membunuh diri sebanyak lima kali dalam tempoh dua bulan dan tidak boleh tidur malam serta mengalami serangan panik dan resah yang tidak berkesudahan," katanya.
Maklumbalas pihak polis menyatakan kes akan digugurkan akibat kekurangan bukti.
Kini, Dr Gurdeep masih bebas bersama segala maklumat dirinya dan boleh membalas dendam pada bila-bila masa.
Doktor terbabit juga masih lagi berada di luar sana bertugas seperti biasa dan boleh berurusan dengan pesakit lain yang senasib dengan Cik A.
Awas wanita sekalian, jangan biarkan diri anda menjadi mangsa si doktor miang! - CARI |