Tahniah kepada penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah, 60, yang menyambut kelahiran bayinya semalam apabila isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin, 25, dilaporkan selamat bersalin di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan Harian Metro, bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 5.35 petang semalam secara pembedahan.
'Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi kami hari ini. Kulitnya putih melepak dan wajahnya seiras saya,' kata Jamal lagi.
Jamal turut berkongsikan sekeping gambar anaknya yang baru lahir itu.
Kredit foto: Carian Google
Menurut Jamal lagi, bayi itu dinamakan Nur Azura Yamani dan berada dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, isterinya akan ditahan di hospital beberapa hari kerana proses kelahiran adalah melalui pembedahan.
Susulan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Jamal dan isterinya. Sebelum ini, beliau sudah mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulunya.
Ramai juga yang tertanya-tanya adakah nama bayi Azura itu diambil sempena salah satu filem lakonan popular beliau suatu ketika dahulu.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Jamal Abdillah dan isteri. - CARI |