View: 3240|Reply: 16
|
Dihentam Kerana Berpelukan Dengan Hanbyul, Neeta Tampil 'Back Up' Dirinya
[Copy link]
|
|
Tak habis lagi dengan cerita pertandingan Big Stage 2019! Macam-macam yang berlaku sepanjang program itu bersiaran selama lapan minggu sehingga melabuhkan tirainya pada Ahad lepas.
Seperti dikerahui ramai, peserta dari Korea Selatan iaitu Jang Hanbyul telah merangkul trofi juara selepas mendapat undian tertinggi hasil jumlah markah juri dan undian peminat. Tempat kedua pula disandang oleh Neeta daripada band indie di Malaysia iaitu iamNEETA.
Walaupun ramai yang gembira dengan kemenangan Hanbyul pada itu, ada sahaja yang buat 'spoil'. Ramai yang mempertikaikan adegan pelukan mesra di antara Neeta dan Hanbyul ketika nama pemenang diumumkan.
Kredit foto: Youtube
Segelintir netizen tidak senang duduk apabila melihat babak mesra ini yang bagi mereka tidak manis berkelakuan demikian.
Kredit foto: Blog
Neeta kemudian tampil dan menjelaskan mengenai isu itu. Dia menyatakan bahawa dia dan Hanbyul telah mula rapat sejak awal pertandingan lagi. Tambahnya, dia dan Hanbyul bukan Muslim jadi bukan isu besar padanya.
"Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak cakap salah atau betul.
"Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.
"Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton!" katanya kepada mStar.
Kalau anda nak tahu, gadis yang berasal daripada Kedah ini mempunyai kacukan India, Cina dan juga Siam!
Janganlah main terjah sahaja netizen pun, cuba 'selongkar' dulu sebelum membawang. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
congrats, Hanbyul & Neeta!
yg netizens punnn *tepuk dahi* |
|
|
|
|
|
|
|
biol biol netizen ni...haha |
|
|
|
|
|
|
|
Untung dapat peluk oppa.hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Biol dan oppa berpisah tiada... |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen ni pun leh tahan bingai jugak yach. Pelakon yg dah tentu Muslim berpeluk & beramas mesra dlm tv xde lak nak kecam. Yg non Muslim lak jd mangsa kecaman |
|
|
|
|
|
|
|
pe la nk heran dok pelok..cm korg tgk mat saleh peluk cium tu jela..len la klu yg islam harus la dikeji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian akibat salah faham ada je yang nak menghentam ke sebenarnya yang menghentam tu jealous sebab dia tak dapat nak peluk si Han Byul tu |
|
|
|
|
|
|
|
biaselah org bukan islam berpeluk.. luar biase klo org islam yang buat |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm hurmm aduyaiii natizen pun.... terus salah faham |
|
|
|
|
|
|
|
entah apa2 la nitizen .....dengki dgnnya nya neeta dapat peluk oppa....
|
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya mana satu komen kecam neeta peluk hanbyul? ss pon sebesar zarah nak baca pon aku tak berapa nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Haha..berpeluk atas stage tak boleh. Tapi berpeluk sebagai anak dan ibu, suami dan isteri, adik dan kakak dalam drama boleh sebab berlakon je kan.. Yang ni peluk betul2 kan.. Tak manis dilihat ramai.
Stupid netizen are always stupid. |
|
|
|
|
|
|
|
tahhh korang ni sebok jaaa..biarlaaa dia bepelukk |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha hadoih..smpi kena eksplen sy bukan muslim apekah netizen oiii yg pelakon2 drama pukul 7 kau layan berasmaradana tatkala magerib tak apa pulakkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|