“Itu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung."
Kredit foto: IG Tun M/IG Syed Saddiq
Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendirian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam isu skim pembayaran baru penghantar makanan Foodpanda.
Tegasnya seperti dipetik dari Utusan, kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu tidak mewakili pendirian Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pun begitu, Tun M yakin Ahli Parlimen Muar itu ada sebab tersendiri mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan memberi peringatan menerusi Twitter kepada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh.
Kredit foto: Twitter
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu membuat kenyataan demikian selepas Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das memberi bayangan syarikat terbabit seolah-olah tiada masalah dengan penghantar yang melakukan mogok terhadap skim pembayaran baru berkenaan. - CARI |