Menurut entrinya di laman Instagram itu,
dia tidak mahu dipandang rendah lagi lalu dia mula membina keyakinan diri dengan mula mengenali dunia kecantikan.
Dia juga menjelaskan bahawa pengalaman lalu telah mengajarnya cara untuk mematangkan diri. Walaupun nampak ceria,
Balkisyh tidak segan untuk mengakui kesusahan yang dihadapinya dahulu.
Kredit foto: Blog
Membina keyakinan diri bukan sahaja untuk kebaikannya seorang tetapi bagi memastikan agar hidup anak-anaknya juga bahagia.
Para netizen yang membaca entri wanita ini melahirkan rasa kagum dengan semangat pelakon itu yang tidak kisah untuk belajar mengenai kecantikan walaupun sudah meningkat usia.
Mereka juga menjadikan kisah yang dihadapi wanita itu sebagai inspirasi kepada mereka.
Apa salah bercantik untuk diri sendiri kan? -CARI