Siapa tak kenal pelakon Azhar Sulaiman, yang telah menceburi bidang lakonan sejak tahun 90-an. Selain bergelar pelakon, Azhar Sulaiman juga merupakan seorang arkitek. Beliau yang kini hampir mencecah usia 50-an masih kelihatan segak dan tampan walaupun sudah mempunyai 3 orang anak yang sudah dewasa.
Beliau yang berkahwin sejak tahun 1996 bersama isterinya kini dilihat sering berkongsi gambar anak-anaknya di laman peribadi Instagram. Beliau yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 20 tahun dan sepasang kembar yang kini berusia 17 tahun.
Dua-dua segak!
Yang menarik perhatian apabila netizen rata-rata memuji kecantikan dan ketampanan anak Azhar yang kelihatan seiras dengannya. Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang kini berusia 17 tahun dilaporkan menuntut di Sekolah Sri Hartamas.
Good Looking macam mummy daddy!
Selain berwajah cantik dan tampan, kedua anak kesayangan Azhar Sulaiman juga dilihat cemerlang dalam pelajaran dan aktif bersukan. Manakala Leona juga sempat dipromosi oleh ibunya kerana minat anaknya dalam bidang lakonan. Boleh tahan juga ni!
Mana tahu kan, rezeki anak Azhar Sulaiman untuk bergelar pelakon pada masa hadapan. Rupa dah ada, tinggal nak polish bahasa Melayu je bagi fasih. Gittu! - CARI
|